Petua PemakananSihat

6 Petua Merawat Demam Selsema

Demam Selsema - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: naturesyrup

Demam Selsema. Kebanyakan orang pada peringkat tertentu akan mengalami demam selsema. Secara umumnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema.

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas.Sistem pertahanan badan adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas serta melalui sentuhan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1 hingga 4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk. Ini termasuklah mereka yang dalam kategori:

 

Baca Juga: Tips Gaya Hidup Sihat

 

Simpton Demam Selsema

  • Suara bertukar kasar dan parau kerana virus menyebabkan peti suara membengkak.
  • Hidung berair dan mengeluarkan hingus berair dari jernih hingga bertukar pekat.
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Tekak terasa kering dan sakit.
  • Hidung tersumbat dan menyukarkan pernafasan.
  • Bersin-merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
  • Batuk kering atau mengeluarkan kahak.
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Demam dan sakit-sakit badan.

 

6 Petua Merawat Demam Selsema

  1. Halia

Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam selsema. Caranya adalah menambah halia dan limau ke dalam air panas dan minum dua kali sehari.

 

  1. Kunyit

Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika ditambah ke dalam makanan yang dimakan atau menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami demam selesema.

 

  1. Ikan

Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon dan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan.

 

  1. Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan.

 

  1. Air Beras

Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam.

 

  1. Sayuran Hijau

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

 

Pencegahan

  • Rehat secukupnya.
  • Makan makanan yang seimbang.
  • Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
  • Selalu membasuh tangan dengan bersih.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
  • Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi.
  • Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
  • Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus tidak mengotorkan tangan.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui lebih lanjut tentang makanan serat tinggi terbaik untuk diet di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

13 Rahsia Di Sebalik Tahi Lalat Si Dia

Next post

5 Manfaat Melakukan Hubungan Seks Ketika Mengandung

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *