Berpuasa Boleh Menyusukan Anak
Ibu yang berpuasa boleh menyusukan anaknya. Tetapi ada syaratnya.
Semua orang Islam yang sihat tubuh badannya diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan, termasuklah ibu hamil dan yang sedang menyusukan anaknya. Ini bermakna lebih daripada 10 jam, para ibu yang menyusukan anak tidak menjamah sebarang makanan dan minuman. Namun, jangan khuatir kandungan air susu anda tidak akan berkurangan kualitinya dibandingkan ketika anda tidak berpuasa. Cuma sebelum anda memutuskan untuk berpuasa, ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan supaya keperluan bayi mencukupi dan anda pun tetap segar dan selesa sepanjang berpuasa.
1. Pengambilan menu dengan zat yang seimbang
Sebagai ibu yang menyusukan anak, biarpun berpuasa, anda tetap perlu mempertahankan pola makan tiga kali sehari dengan menu zat yang seimbang. Ketika bersahur, berbuka dan menjelang waktu hendak tidur (selesai solat tarawih.) Makan sahur akan menghasilkan energi yang berguna untuk melakukan aktiviti seharian. Pengambilan makanan dengan zat seimbang akan menghasilkan sari makanan yang baik untuk bayi anda.
Selain daripada perbanyakkan minum air putih, minum segelas susu setiapkali sahur boleh mencegah anda yang menyusukan anak daripada anemia. Berbuka puasa dengan minuman panas akan merangsang kelancaran air susu anda.
3. Dapatkan rehat yang mencukupi dan jangan stres
Anda disarankan untuk beristirahat seketika. Cubalah untuk tidur atau bersantai-santai bagi menenangkan fikiran. Anda patut tahu, semakin sering payudara anda dihisap oleh bayi, perjalanan ari susu anda akan menjadi semakin banyak. Jadi, biarpun berpuasa anda perlu rajin menyusuinya gar air susu badan anda itu tetap berjalan lancar. Di samping itu, jangan stress kerana ia boleh menyekat kerja-kerja hormon ‘oksitosin’ yang mengeluarkan air susu daripada payudara.
4. Nikmati manisnya madu, nikmati juga keenakan kurma!
Dengan meminum madu dan makan kurma, dapat menghasilkan kualiti dan kuantiti air susu anda tetap terjaga kerana madu dan kurma merupakan vitamin semulajadi yang lengkap.
5. Tidak mampu, jangan paksa diri!
Jika ‘alarm’ tubuh anda sudah memberikan isyarat bahawa anda tidak lagi larat untuk menamatkan puasa anda, sila ambil perhatian. Jangan menunggu sehingga anda lembik sebab berpuasa. Islam adalah agama yang tidak menyusahkan umatnya. Agama Islam memberikan pengecualian untuk para ibu yang menyusukan anak pada bulan Ramadan. Mereka diperkenankan untuk tidak menjalankan ibadah puasa, namun tetap harus menggantinya melalui dua cara, iaitu mengganti dengan puasa selepas bulan Ramadan atau membayar fidyah (barang penebus). Ibu yang menyusukan anak dibolehkan tidak berpuasa, tetapi tidak dilarang berpuasa! Ingat tu ya!
Harus Tahu!
Kebaikan Menyusukan Anak Sendiri
Menyusukan anak tidak hanya bermanfat buat bayi anda sahaja. Sebaliknya, ia juga meningkatkan kesihatan anda. Sebagai wanita yang baru melahirkan, menyusukan anak dapat membantu anda menurunkan berat badan setelah kehamilan, mencegah depresi serta menurunkan risiko penyakit jantung dan kanser.
1. Mengurangi kenaikan berat badan setelah melahirkan
Menurut satu kajian yang dilakukan terhadap lebih daripada 14,000 orang wanita melahirkan yang memberi air susu ibu eksklusif, sekurang-kurangnya enam bulan mendapati hanya sedikit sahaja kaum ibu yang mengalami kenaikan berat badan dibandingan mereka yang tidak menyusui anaknya.
2. Lebih sedikit kehilangan darah dan rahim lebih cepat kembali ke ukuran normal
Wanita yang melahirkan dan terus menyusukan anaknya lebih sedikit kehilangan darahnya. Dengan menyusui, rahimnya juga akan menyusut kembali ke ukuran normal dengan lebih cepat.
3. Mengurangkan depresi setelah melahirkan
Biasanya emosi wanita tidak menentu setelah melahirkan. Sebuah kajian pada tahun 2003 dari Australia menunjukkan adanya peningkatan depresi setelah melahirkan pada si ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Wanita yang menyusukan anaknya lebih daripada setahun mengalami penurunan risiko kanser payudara dan kanser ovari sebanyak 28 peratus. Ibu yang mempunyai penyakit tertentu seperti infeksi herpes aktif, HIV ataupun terpaksa meminum ubat-ubat tertentu dilarang untuk menyusukan anaknya.
Kredit foto: Relationalmentalhealth
No Comment