Petua PemakananSihat

Menu Sihat Tanpa Gula

Menu Sihat - Women Online Magazine

Foto: thisthingcalledlife

Jika anda benar-benar mahu kembali langsing, cubalah untuk kurangkan pengambilan makanan manis.

Menu sihat tanpa gula bukan sahaja  mampu mengembalikan bentuk tubuh anda, malahan anda juga akan jadi lebih sihat. Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh menghasilkan hormone insulin sangat tinggi yang dikenali sebagai ‘insulin spike’.

Tubuh menghasilkan insulin agar gula dapat segera dimasukkan ke dalam sel tubuh. Insulin tak ubah seperti kunci yang membuka pintu sel agar gula dapat masuk ke dalam sel tubuh. Apabila tubuh dipaksa secara berterusan menerima kadar gula yang tinggi, maka fungsi insulin pun menjadi berkurangan. Perkara ini terjadi kerana sel tubuh menjadi tidak sensitif ataupun kurang sensitive terhadap insulin.Akibatnya, anda berisiko menjadi gemuk, diabetis, penyakit jantung koroner, hipertensi atau strok.

Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh anda peroleh menerusi menu sihat tanpa gula:

  1. Berat Badan Berkurangan

Dalam satu bulan anda pasti akan merasakan kehilangan berat badan beberapa kilogram. Ia turut berkaitrapat dengan makanan lain yang anda makan.

  1. Semakin Berenergi

Anda akan merasakan lonjakan energy dua kali lebih besar jika berhenti mengambil gula. Anda juga akan jadi lebih berenergi ketika bersenam ataupun bersukan.

  1. Kulit Jadi Lebih Lembut

Tanpa anda sedari, kulit anda akan jadi lebih halus, lembut dan kelihatan lebih muda.

  1. Perut Tidak Lagi Bermasalah
  2. Kelebihan gas atau masalah perut kembung akan berkurangan.

Info Ekstra

Makanan Kaya Gula – merupakan musuh nombor satu pagi penghidap diabetis. Makanan dengan kadar gula tinggi seperti gula pasir, ais krim, donat, pastry, coklat serta makanan dengan pemanis buatan sangat berbahaya buat mereka. Makanan-makanan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah.

<< Ketahui kebaikan telur rebus di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Rambut Rosak, Dah Tak Ada Lagi! L'Oreal Paris Pelengkap Kesempurnaan

Next post

Kurus Secara Sihat Dengan Senaman Kardio

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *