Petua PemakananSihat

Harus Cuba! 4 Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Cara Menghilangkan Bau Ketiak - woman online magazine

Kredit : approvedcomfort

Ketiak anda berbau busuk? Cuba Cara Menghilangkan Bau Ketiak Ini Dengan Segera!

 

Bau ketiak yang menyengat boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Baik wanita, mahupun lelaki.Banyak cara untuk menghilang bau ketiak termasuk menggunakan deodorant dan sebagainya, namun adakalanya ia tidak berkesan langsung ataupun bertahan lama.Banyak faktor yang menyebabkan bau ketiak cukup menyengat. Salah satunya disebabkan oleh bakteria dan peluh. Meskipun pada asalnya peluh tidak berbau, namun disebabkan telah bercampur dengan bakteria, ia pun menjadi bertambah busuk.

 

Berikut beberapa cara menghilangkan bau ketiak secara semulajadi yang boleh anda cuba.

 

  1. Limau Nipis

Selain dapat menghilangkan bau badan, limau nipis juga boleh menghilangkan bau ketiak. Caranya cukup mudah, potong sebiji limau nipis dan perah airnya. Setelah itu campur air perahan limau nipis itu dengan kapur siri. Kacau sehingga rata, kemudian sapukan campuran tersebut ke bahagian ketiak yang berbau itu.

 

  1. Halia

Jika sangggup dan mampu, anda boleh juga minum air halia untuk menghilangkan bau ketiak. Atau anda boleh juga ambil halia yang sudah diparut dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan selama beberapa minit dan setelah itu bilaslah dengan air bersih.

 

  1. Mentimun

Mentimun merupakan sejenis sayur yang memiliki sifat anti bakteria.Kupas mentimun dan potong bulat nipis-bipis dan sapukan di tempat ketika yang berbau sebaiknya selepas anda mandi. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

 

  1. Cuku Putih

Cuku putih mampu membunuh bakteria penyebab bau ketiak sehingga masalah bau badan anda dapat di atasi dengan mudah. Titiskan cuka putih pada kapas dan sapukan pad ketiak anda. Gunakan secara teratur selepas anda mandi. Pastikan penggunaan cuka ini tidak dicampuradukkan dengan deodorant.

<< Ketahui cara berkesan untuk mengatasi masalah bau mulut di sini.

 

 

 

 

Previous post

6 Makanan Penyubur Untuk Cepat Dapat Anak

Next post

Rahsia Diet. Ketahui Jenis Sayur Yang Boleh Buat Anda Kurus!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *