Manfaat Daun Kari Lebih Daripada Itu. Bukan Sekadar Penyedap & Penambah Keharuman Masakan
Tumbuhan renek dengan ketinggian 0.9 hingga 6 meter ini berasal dari keluarga Rutaceae, daripada spesies Murraya Koeniggi.Daun kari ini biasanya digunakan dalam masakan berempah dan juga boleh menambahkan keharuman masakan.
Berasal dari Negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari. Malahan, dalam masakan lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya.
Manfaat Daun Kari
- Dijadikan tonik herba untuk mengutakan perut dan meningkatkan keupayaan dan mengatasi masalah penghadaman.
- Jus daun kari bertindak melegakan masalah cirit birit dan buasir.
- Jika anda mempunyai masalah diabetes, anda disarankan mencuba air rebusan kulit batangnya yang kering.
- Daun kari bermanfaat sebagai laksatif untuk mengatasi masalah sembelit.
- Ia juga dipercayai sebagai penyelesaian masalah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
- Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
- Bagi mereka yang mempunyai masalah uban di usia muda, daun kari andalah penyelesaiannya.
- Mengatasi masalah loya dan pening kepala akibat pengambilan makanan yang berlemak secara berlebihan.
- Pes daun kari berupaya membantu mengurangkan bengkak dan lebam di badan anda.
- Baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedative.
- Berkesan dalam membantu wanita yang mempunyai masalah haid.
Kredit foto: suburbantomato
Related Posts
Tags:Daun Kari
No Comment