Nak Kurus? Anda Perlu Tahu Makanan Rendah Lemak
Kredit : baidu
Apa Yang Ada Tahu Tentang Makanan Rendah Lemak? Jika masih sukar untuk mengenali mana makanan rendah lemak dan berkalori tinggi, cubalah makan buah-buahan dan sayuran segar.
Untuk kurus atau langsing, anda perlu menghindari makan makanan berkalori tinggi. Apatah lagi, jika anda mengambilnya lebih daripada apa yang tubuh anda perlukan, secara automatik berat badan anda akan bertambah naik!
Selain buah-buahan dan sayuran segar, terdapat beberapa jenis makanan rendah lemak yang patut anda ketahui. Antaranya:
Buah strawberi mempunyai kompenan zat yang berbeza. Strawberi kaya dengan kandungan serat yang membantu mencegah sembelit. Selain itu, kandungan airnya yang banyak akan mengenyangkan perut anda dengan mudah. Nilai kalorinya kurang dari lima dalam sebiji buah. Strawberi turut mengandungi vitamin C yang melindungi jantung dan mencegah diabetis.
Kacang almond kaya serat dan protein serta makanan rendah lemak yang juga bagus untuk sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Hindari pengambilan kacang almond yang sudah diolah dalam bentuk makanan manis atau diletakkan banyak garam kerana ia tidak bagus untuk program diet serta kesihatan tubuh anda.
- Keju Rendah Lemak
Keju adalah makanan sihat yang kaya dengan mineral, vitamin dan lemak essential. Anda boleh menikmati sepotong keju sebagai kudapan tunggal, atau makan dengan beberapa roti gandum atau dengan salad sayuran.
- Tahu
Tahu merupakan makanan yang dihasilkan daripada kacang soya. Sangat bagus untuk kesihatan dan mempunyai nilai zat yang tinggi buat tubuh. Tahu mengandungi protein tumbuh-tumbuhan yang tinggi, rendah lemak dan mempunyai kandungan asid amino paling lengkap.
<< Ketahui teknik memasak nasi goreng dengan lebih sihat di sini.
No Comment