Petua PemakananSihat

6 Makanan Penyubur Untuk Cepat Dapat Anak

Makanan Penyubur - woman online magazine

Kredit : rehabreviews

Makanan Penyubur.Terdapat beberapa menu makanan yang dapat menyuburkan kandungan yang boleh ada ambil setiap hari.

Untuk lebih mudah dan cepat mengandung ada beberapa proses yang perlu anda lakukan, selain melakukan gaya hidup sihat. Makanan yang dimakan juga boleh meningkatkan kesuburan anda.

 

Berikut makanan penyubur yang perlu anda ketahui, antaranya…

1.Telur

Telur merupakan sumber makanan yang banyak mengandung protein dan kolin. Kedua zat ini merupakan nutrisi yang sangat bagus untuk menjaga kesihatan rahim. Rahim yang sihat tentu sahaja akan membuatkan pembuahan sel sperma berjalan dengan sempurna dan tidak mengalami permasalahan.

 

2. Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai jenis kandungan nutrisi yang baik untuk kesuburan. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi boleh membuatkan sel reproduksi tidak rosak dan terjaga. Di samping itu, kandungan zat besi dalam buah dan sayur juga boleh melancarkan perjalanan haid. Buah yang bagus untuk menyuburkan kandungan ialah mangga, strawberry dan jambu serta buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin. Antara sayur yang menyuburkan kandungan ialah kangkung, bayam, brokoli,kubis bunga, sawi serta sayuran hijau lain.

 

3. Daging Ayam

Daging ayam adalah salah satu makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting di dalam tubuh yang dapat menyuburkan rahim. Sebaiknya anda menikmati daging ayam secukupnya agar rahim anda sentiasa subur dan tidak terancam dengan kemandulan.

 

4. Buah Delima

Buah Delima merupakan makanan yang kaya nutrisi. Mengandungi banyak vitamin C, vitamin K, asid folat dan beberapa vitamin serta mineral lainnya. Sejak zaman kuno lagi buah delima dianggap sebagai simbol kesuburan. Malahan, minum jus delima sewaktu hamil juga boleh mencegah bayi anda daripada kerosakan otak.

 

5. Taugeh

Sejak dahulu lagi taugeh memang tersenarai dalam kategori makanan yang boleh meningkatkan kesuburan. Taugeh mengandungi vitamin B6 yang merupakan nutrisi untuk mengatur hormone reproduksi anda.

 

6. Kacang Hijau

Kacang hijau banyak mengandungi vitamin E yang boleh membantu anda meningkatkan potensi terjadinya kehamilan. Selain itu, vitamin E juga merupakan antioksidan yang mampu melindungi radikal bebas serta boleh melindungi sel-sel telur ada daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas tersebut.

<< Ketahui kebaikan daun oregano buat kesihatan tubuh di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Program ‘Voluntourism PUSPANITA IM4U @ Pantai Bagan Lalang’

Next post

Harus Cuba! 4 Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *