Petua PemakananSihat

Ketahui Makanan Penambah Darah

tambah-darah women online magazine

Kekurangan darah dalam tubuh boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Salah satu penyakit yang berpunca daripada kekurangan darah dalam itu ialah anemia.  Penyakit anemia adalah di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin dalam tubuh kurang daripada paras normal.

Tahap normal hemoglobin di antara lelaki dan wanita adalah berbeza-beza.  Hemoglobin merupakan protein yang membawa oksigen dalam sel darah merah yang memberikan warna merah pada sel darah merah. Mereka yang mengalami penyakit anemia tidak mempunyai hemoglobin yang mencukupi.

Penyakit anemia yang disebabkan kekurangan darah akan membuatkan seseorang itu nampak letih, lesu dan tidak bermaya.  Jika tidak dibendung, keadaan ini boleh menjadi kronik dan boleh menular di beberapa bahagian tubuh seperti penyakit buah pinggang. Untuk mengatasinya segera pilih makanan yang banyak mengandungi zat besi.

Berikut adalah antara jenis makanan penambah darah yang paling baik;

Hati

Hati adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Boleh didapati daripada hati ayam, hati lembu tetapi hati mengandungi jauh lebih sedikit kalori dibandingkan dengan jenis hati lainnya dan sumber zat besi serta rendah kolesterol.

 

Makanan Laut & Tiram

Kerang, tiram dan udang adalah sumber zat besi. Ikan bukan hanya memberikan khasiat asid lemak Omega 3, tetapi juga merupakan sumber zat besi yang baik buat tubuh.

 

Kentang

Kentang mengandungi zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Kentang adalah salah satu sumber terbaik daripada zat besi.

 

Daging Lembu

Daging lembu merupakan makanan yang paling disarankan diambil untuk meningkatkan hemoglobin, tetapi pilihlah daging merah yang tidak mempunyai lemak.

 

Berah Merah

Beras merah memiliki beberapa khasiat kesihatan untuk penurunan berat badan, kolesterol, dan gangguan sistem penghadaman. Beras merah juga mengandungi zat besi yang boleh meningkatkan hemoglobin.

 

Strawberi

Anemia dapat diatasi dengan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat besi yang tinggi  yang sangat bagus untuk sel darah merah. Strawberi juga mengandungi vitamin C yang dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam darah.

 

Bayam

Bayam adalah sayuran yang mengandungi banyak zat besi. Selain meningkatkan hemoglobin, bayam juga membantu untuk melawan kanser dengan memperlambatkan pertumbuhan sel tersebut.  Jus bayam mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Selain membantu membangunkan sel-sel baru dalam tubuh, ia juga boleh membantu masalah anemia pada wanita.

 

Brokoli

Brokoli adalah salah satu sayuran yang menyediakan banyak zat besi untuk tubuh. Selain itu, brokoli juga merupakan sumber vitamin A, C dan magnesium.

Kredit foto: Hemodia

<< Apakah minuman yang kurang baik atau akan hilang khasiatnya  jika dibancuh dengan air mendidih? Semak di sini…  

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Senarai Produk Kecantikan Berbahaya 2014

Next post

Berpuasa Boleh Menyusukan Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. July 6, 2015 at 2:17 pm — Reply

    Perkongsian yang menarik..terima kasih…

  2. Azmi Mustapha
    March 27, 2016 at 11:40 am — Reply

    Bagi saya makanan/Buah yang paling baik untuk Tambah Darah ialah Buah Delima.

    Hati atau organ dalam lain elok dikurangkan makan.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *