Petua PemakananSihat

12 Makanan Kaya Protein Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

Makanan Kaya Protein - women online magazine

Kredit foto: lowfatchick

Makanan Kaya Protein. Makanan yang kaya dengan protein sangat diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik.

Sumber protein haiwan yang berkualiti tinggi dapat membantu anda mendapatkan pengambilan asid amino dan nutrisi penting.Umumnya mengetahui bahawa haiwan mempunyai kandungan protein lebih tinggi jika dibandingkan dengan tumbuh-tumbuhan.Tetapi harus berjaga-jaga, haiwan  juga mempunyai kandungan lemak yang relatif lebih tinggi.

 

Baca Juga: Asid Amino

 

Sekiranya anda mengambil makanan dengan kalori yang lebih daripada yang badan anda perlukan, secara automatik berat badan akan bertambah. Namun anda tidak perlu bimbang, ada beberapa makanan yang boleh memberi kesan kenyang yang lebih panjang dari makanan lain. Pilihlah makanan yang tinggi serat, mengandung protein dan lemak sihat.

 

Berikut Beberapa Makanan Kaya Protein:

1. Telur

Putih telur mempunyai protein yang tinggi. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, choline dan asid amino yang merupakan bahan penting kepada otak dan juga kesihatan.

 

2. Ayam

Dada ayam merupakan bahagian yang paling kaya dengan protein. Oleh sebab itu, jika kita lihat pakar kesihatan sering menggalakkan kita mengambil bahagian dada dan elakkan bahagian yang berlemak.

 

3. Susu

Membekal asid amino dalam suatu jangka masa yang panjang di dalam tubuh. Sumber protein yang agak lambat dihadam. Ambillah segelas susu sebelum anda tidur.

 

Baca Juga: Mencegah Sakit Belakang Ketika Tidur

 

4. Keju

Anda dicadangkan supaya mengambil keju bersama 2 keping roti perang pada waktu sarapan.

 

5. Ikan

Ikan salmon mempunyai kandungan protein yang tinggi disamping omega 3 yang baik untuk jantung dan otak. Ikan patin juga kaya dengan protein diikuti ikan kod dan ikan tuna.

 

Baca Juga: Resepi Sihat Ikan Salmon

 

6. Daging

Pilihlah daging merah dan elakkan mengambil bahagian yang berlemak.

 

7. Tauhu

Selain mengandungi protein yang tinggi, ia juga kaya dengan asid amino, vitamin dan rendah lemak. Tetapi awas! Kajian baru-baru ini mengatakan bahawa kacang soya boleh menyebabkan kanser.

 

8. Kekacang

Semua jenis kekacang kaya dengan protein.

 

9. Buah pisang

Buah Pisang adalah salah satu buah yang memiliki khasiat yang cukup banyak untuk kesihatan. Buah pisang mengandungi 4 gram protein per 100 gram.

 

10. Buah kurma

Buah yang berasal dari Arab ini adalah buah manis dan lazat yang kaya dengan kandungan gula alami. Buah Kurma merupakan sumber yang sangat baik dari protein. Dalam 100 gram buah kurma memberikan anda 250 gram protein.

 

11. Brokoli

Brokoli diketahui mengandungi tinggi protein, rendah lemak,  dan mengandungi nutrisi penting seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, zat besi dan serat makanan. ½ cawan brokoli mendatangkan 2 gram protein.

 

12. Jagung

Setiap hidangan jagung manis mengandungi 3 mg protein. Jagung manis merupakan sumber antioksida dan mengandungi jumlah yang cukup Vitamin B kompleks seperti tiamin, niasin, folat, Pantothenic dan asam.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya supaya mereka pun dapat info berguna tersebut.

<< Ketahui manfaat dan khasiat daun sirih di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Cara Betul Memakai Pemerah Pipi

Next post

Tandas Duduk Mengundang 1001 Bahaya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 26, 2015 at 1:06 am — Reply

    […] Makanan yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *