Petua PemakananSihat

Lebih Cantik, Lebih Sihat Dengan 7 Khasiat Teh Hitam

khasiat teh hitam - woman online magazine

Kredit : pharmacyrepublic

Sejak dahulu lagi teh hitam telah menjadi kegemaran ramai. Ia merupakan salah satu minuman yang kaya dengan khasiat. Sebagai minuman yang baik, teh hitam juga kalah manfaatnya sama juga seperti teh hijau.

Sejuta Khasiat Teh Hitam

Sungguhpun begitu, teh hitam lebih banyak mengandungi kafein jika dibandingkan dengan jenis teh lain. Teh hijau biasanya kehilangan rasa dalam setahun, namun rasa teh hitam akan tetap bertahan beberapa tahun.Teh hitam mengandungi teofilin yang meningkatkan perjalanan darah dan mempertahankan tekanan darah normal. Ia akan mempermudah saluran udara di dalam tubuh sehingga penghidap asma akan menjadi lebih mudah untuk bernafas. Teh hitam juga mencegah paru-paru rosak disebabkan pencemaran asap rokok. Selain itu, jika anda rajin minum teh hitam, risiko terkena stroke menurun.

Berikut adalah beberapa khasiat teh hitam yang perlu anda ketahui:

  1. Merawat Diabetes

Teh hitam secara khusus berguna bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes kerana dipercayai mampu menurunkan tahap glukosa dalam darah.

  1. Anti Penuaan

Bagi anda yang ingin melawan tanda-tanda penuaan, anda disarankan meminum dua cawan teh hitam pada setiap hari.Teh hitam dipercayai memiliki sifat antipenuaan. Jadi, tidak harian ekstrak teh banyak digunakan dalam sejumlah produk anti-penuaan.

  1. Memerangi Penyakit Jantung

Salah satu khasiat teh hitam yang tidak kurang hebatnya adalah memerangi penyakit jantung. Dibandingkan dengan kopi yang memiliki jumlah kafein yang tinggi, rendahnya tahap kafein dalam teh hitam meningkatkan pengaliran darah ke otak, tanpa berisiko merangsang jantung secara berlebihan.

  1. Meredakan Stress

Khasiat teh hitam yang seterusnya, ia dikatakan membantu seseorang mengatasi stress dengan lebih baik kerana mampu mengendalikan tahap hormon dalam tubuh.

  1. Menurunkan Berat Badan

Apakah anda mencari cara semulajadi menurunkan berat badan? Antara khasiat teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisme dan membantu membakar lemak lebih cepat.

  1. Memperlambatkan Pertumbuhan Kanser

Teh hitam juga dikatakan efektif untuk melawan kanser kerana kemampuannya memperlambat pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

  1. Kolesterol Baik

Khasiat teh hitam yang dikatakan luar biasa adalah kerana ia tidak mengandungi kolesterol jahat. Di dalam tubuh, minuman ini dikatakan mampu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah.

<< Ketahui kebaikan teh hijau di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jangan Lupa Tukar Coli Anda!

Next post

Ketahui 4 Jenis Makanan Untuk Mata Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *