Petua PemakananSihat

Kandungan Dan Khasiat Royal Jelly Sangat Unik & Misteri

Khasiat Royal Jelly - Women Online Magazine

Foto: wikimedia

Royal Jelly hanya mampu dihasilkan oleh lebah. Ianya merupakan susu Ratu Lebah yang menjadi makanan utama Ratu Lebah dan larvanya.

Royal Jelly memiliki kandungan dan khasiat yang sangat unik dan misteri. Namun, ianya terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit dan berkesan melawan penuaan.

Royal jelly merupakan produk yang dihasilkan sendiri oleh lebah dan bukan merupakan modifikasi daripada produk tanaman atau penternakan yang menggunakan bahan kimia. Royal jelly secara khususnya dihasilkan oleh para lebah melalui pollen dan nectar yan dihirup, kemudian disekresi melalui sesungut istimewa di kepala lebah.

Royal Jelly disuntik kedalam larva untuk memastikannya mendapat nutrient yang cukup. Selepas tiga hari, larva yang diberi royal jelly berubah menjadi Ratu Lebah dan akan terus diberi makan royal jelly sepanjang hayatnya. Ratu Lebah juga dikatakan mampu hidup sehingga lebih daripada lima tahun lamanya kerana diberi royal jelly, maka usianya adalah jauh lebih panjang berbanding lebah-lebah lain yang hanya memakan pollen dan madu.

Khasiat Royal Jelly

Hasil dari kajian yang dilakukan, pesakit yang mengalami kolestrol diberi royal jelly sebanyak 6 gram, setiap hari selama empat minggu. Hasilnya kolesterol mengalami kadar penurunan kolesterol jahat dan kolesterol baik tidak mengalami penurunan.

Royal jelly mempunyai kesan perlindungan pada sel kanser payudara. Royal jelly mempunyai sifat anti estrogen persekitaran, iaitu dengan menghalang BPA yang merupakan estrogen persekitaran yang memberi kesan merangsang percambahan kanser payudara pada manusia iaitu sel MCF-7.

Para doktor mendapati bahawa royal jelly boleh mencegah osteoporosis dengan meningkatkan penyerapan kalsium pada usus. Ramai orang yang mengambil royal jelly sebagai tambahan nutrisi yang mengandungi kalsium dan vitamin D.

Royal jelly dikatakan mampu merendahkan kadar gula di dalam tubuh. Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes, mengambil royal jelly sebagai makanan tambahan adalah pilihan yang bijak.

Hasil kajian para peneliti mengambil keputusan bahawa royal jelly positif berperanan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit dengan jauh lebih cepat daripada penggunaan ubat-ubatan lain.

Royal jelly mengandungi nutrisi dan vitamin yang menyokong pembaharuan kulit seperti flavonoid, asid nukleik, asid dekanoat, enzim, hormon, mineral, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan kolin, yang semuanya sangat baik untuk kulit. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa asid yang ditemui di dalam royal jelly menyumbang kepada pengeluaran kolagen.

Kajian moden menyatakan bahawa keradangan kronik merupakan salah satu sebab penyakit jantung serta penyakit degeneratif lainnya, seperti Alzheimers, arthritis bahkan beberapa jenis kanser. Penelitian yang dibuat menyatakan royal jelly bersifat anti-radang.

<< Kenali makanan cegah penyakit di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Benarkan Antibiotik Berbahaya? Jawapannya Baca Di Sini...

Next post

Ketahui Penyebab Keputihan Ketika Hamil & Cara Terbaik Merawatnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. Julia
    May 27, 2016 at 4:29 pm — Reply

    Di mana saya boleh dapatkan Royal Jelly nie Puan WOM?

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *