Petua PemakananSihat

Antara Khasiat Minyak Bunga Matahari Mampu Mengurangkan Tompok Gelap & Bekas Jerawat

Minyak Bunga Matahari - Women Online Magazine

Foto: alimentar

Bunga matahari merupakan sejenis tumbuhan tanpa musim yang sangat popular sama ada sebagai tanaman hiasan atau tanaman untuk menghasilkan minyak.

Tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara di sekitar Mexico, tetapi boleh tumbuh subur di Malaysia. Bunganya dianggap unik kerana kuntum bunga matahari lebih berbesar berbanding bunga lain. Setiap kuntumnya berupaya membesar sehingga 5 meter tinggi.Manfaat dan kebaikan minyak bunga matahari telah diketahui sejak berabad yang lalu. Minyak bunga matahari mudah didapati di pasaran, tidak kira sebagai bahan kosmetik, perubatan atau minyak masak.

Tahukah anda bahawa minyak bunga matahari sangat baik bagi kesihatan kulit? Minyak bunga matahari boleh membantu menyihatkan kulit. Sama seperti kulit, minyak bunga matahari juga baik untuk rambut.

Manfaat Minyak Bunga Matahari

  • Bekerja Sebagai Emolien Yang Berkesan

Minyak bunga matahari merupakan emolien yang berkesan, yang akan membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, ia juga boleh meringankan, menenangkan dan membantu menyembuhkan iritasi dan keradangan kulit.

Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya asid lemak yang melindungi kulit dari jangkitan bakteria. Oleh kerana itu boleh membuat kulit anda kulit menjadi sihat dan cerah.

Jerawat terhasil akibat lebihan minyak dan sebum, yang tertutup di dalam folikel, di bawah kulit dan dijangkiti oleh bakteria. Vitamin A, C, D, dan E, dan asid lemak yang terdapat dalam minyak bunga matahari akan memberikan lapisan pelindung, yang mencegah bakteria dengan kulit.

Minyak bunga matahari merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E. Kandungan vitamin ini akan mencegah kerosakan sel-sel sensitif kulit akibat sinar UV. Beta karotena yang juga terdapat dalam minyak bunga matahari akan membantu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit, termasuk kesan kulit terbakar dan kanser kulit.

Vitamin E yang tinggi dalam minyak bunga matahari juga bertindak sebagai anti penuaan. Penggunaan rutin minyak bunga matahari dapat mengurangkan kedutan dan membuat kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan yang tinggi dalam minyak ini juga akan menjaga kulit supaya tetap segar.

Manfaat Tambahan

<< Ketahui khasiat sebenar minyak almond untuk kesihatan serta kecantikan anda di sini.

Previous post

Waspada Gejala Sakit Dada Yang Boleh Menyerang Sesiapa Sahaja Tanpa Mengira Usia

Next post

Ambil Tahu, Bagaimana Penyakit Talasemia Diturunkan Kepada Anak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. April 3, 2015 at 9:10 pm — Reply

    tak sangka minyak bunga matahari kaya dengan kahsiatnya tersendiri. salah satu elemen penting dalam menghilangkan jerawat adalah antioksidan yang ada dalam bunga matahari.

Leave a Reply to vitakcrew Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *