Petua PemakananSihat

Mesti Cuba! Kurus Dengan Khasiat Limau Nipis

khasiat limau nipis - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Khasiat Limau Nipis. Pernahkah anda tahu bahawa Khasiat Limau Nipis boleh menurunkan berat badan anda? WOM.my tahu rahsianya!

Penimbunan lemak dalam tubuh meupakan salah satu faktor penyebab tubuh menjadi ‘montel’. Perkara ini tentu sahaja menjadi masalah bagi anda yang mengutamakan penampilan.

Selain boleh menurunkan keyakinan diri, banyaknya jumlah lemak di dalam tubuh juga boleh menjadi penyebab timbulnya penyakit seperti darah tinggi dan jantung.

Untuk menghilangkan lemak dalam tubuh, ada banyak cara yang boleh dilakukan, salah satunya dengan khasiat limau nipis.

 

Baca Juga: Makanan Pembakar Lemak

 

Khasiat Limau Nipis

Limau nipis mengandungi vitamin C, ‘potassium’ dan ‘asid folat’. Ketiganya boleh membantu tubuh dalam mengurangi lemak. Selain itu, limau nipus juga mengandungi limonin yang dapat mencegah sel-sel pada hati untuk memproduksi zat apo B.

Zat ini adalah salah satu pensenyawaan dalam tubuh yang berkaitan dengan kadar kolesterol dalam tubuh. Terdapat juga beberapa persenyawaan lainnya yang dapat meningkatkan tugas usus dan juga kandungan serat dalam limau nipis membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh.

Untuk mendapatkan khasiat limau nipis, anda boleh membuat jus limau nipis sederhana  iaitu dengan mencampurkan air perahan limau nipis ke dalam segelas air putih dan tambahkan juga satu atau dua sudu teh madu.

 

Baca Juga: Kebaikan Royal Jelly

 

Minum secara rutin setiap pagi  sebelum makan. Sebaiknya guna air yang sejuk, kerana air suam atau panas boleh merosakkan vitamin C dan ‘bioflavonoid’ yang terkandung dalam perahan air limau nipis tersebut.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

 << Jom Ketahui pula khasiat pisang untuk diet anda di sini..

Previous post

Cubalah Bergaya Dengan 7 Jenis Sanggul Rambut

Next post

10 Tempat Menarik Di Bandung Yang Rugi Kalau Anda Tak Pergi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 23, 2015 at 12:17 am — Reply

    […] Membuat Air Limau Nipis Untuk Menurunkan Berat […]

Leave a Reply to KURUSKAN BADAN DENGAN LIMAU NIPIS Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *