Petua Pemakanan

Kurangkan Berat Badan Dengan Khasiat Lada Hitam

Khasiat Lada Hitam - Women Online Magazine

Foto: vanillareview

Lada hitam merupakan sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga Piperaceae. Lada hitam hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab.

Pokok membiak daripada keratan batang  dan sistem akarnya berkembang daripada akar adventitius yang terbentuk pada bahagian buku keratan batang yang ditanam. Lada hitam adalah rempah yang penting dan selalu digunakan dalam masakan.

Rasa pedas lada hitam adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine, manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatian tersebut membentuk oleoresin yang dapat diperoleh melalui proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

Kini, Malaysia merupakan antara pengeluar utama lada hitam di dunia. Di Malaysia, penanaman lada hitam terkenal di Sarawak.

Khasiat Lada Hitam

Menurut kajian University of machigan, lada hitam berupaya mencegah tumor kanser payudara. Kandungan piperine lada hitam memainkan peranan yang penting untuk mencegah ketumbuhan kanser tersebut. Selain itu, lada hitam juga mempunyai vitamin C, vitamin A, flavonoid dan karoten yang membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya.

  • Membantu menambah selera makan

Lada hitam adalah ubat semula jadi untuk mengembalikan selera makan.

Lada hitam mempunyai antibakteria dan anti-radang yang berupaya menghalang kelemumur tumbuh. Caranya dengan mengambil satu sudu lada hitam yang dihancurkan. Lumurkan pada kulit kepala dan biarkan selama setengah jam. Kemudian, bilas rambut anda dengan air bersih.

  • Melegakan batuk dan hidung tersumbat

Rasa lada hitam yang pedas dan panas membantu dalam mencairkan kahak dan melegakan batuk. Sifat semula jadinya itu dapat melegakan hidung tersumbat dan membantu anda bernafas lebih mudah.

Lapisan luar lada hitam yang mengandungi fitonutrien mapu merangsang pecahan sel-sel lemak. Ia juga membantu mengeluarkan peluh dan air kecil yang mana ia merupakan cara yang baik untuk mengelyarkan toksik dalam badan.

Lada hitam boleh dijadikan skrub muka untuk membantu menyingkirkan sel-sel mati, merangsang peredaran oksigen dan nutrient untuk kulit anda. Selain itu, ia juga berupaya menghalang kehadiran jerawat.

<< Ketahui tips kekalkan kecantikan kulit ketika dalam cuaca panas di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Awas, Dengan Perasaan Cinta Anda. Ketahui 6 Tanda Anda Bertepuk Sebelah Tangan!

Next post

Jom, Berkenalan Dengan Jay Walia ‘Penglipur Lara Romantik Eklektik’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *