Petua PemakananSihat

Khasiat & Kebaikan Si Daun Pandan!

Daun Pandan - Women Online Magazine

Pokok daun pandan adalah sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga Genus Pandanus. Ia digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara.Daunnya berwarna hijau menegak dan halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok daun pandan jarang berbunga dan membiak melalui keratan.

Tanaman ini biasanya hidup di paya atau di tempat-tempat yang lembab dan teduh. Namun, kerana manfaat yang cukup besar bagi kehidupan manusia, tanaman ini sudah mula ditanam secara meluas.

Manfaat Daun Pandan

Rebus daun pandan bersama 2 gelas air dan biarkan sehingga ia mendidih. Sejukkan dan minum.

  • Menyembuhkan sakit sendi

Ambil 3 helai daun pandan segar, cuci bersih kemudian potong-potong menjadi beberapa bahagian. Campurkan dengan setengah cawan minyak kelapa yang sudah dididihkan dan dikacau hingga merata. Setelah sejuk, gunakan sebagai ubat gosok untuk mengurut bahagian yang sakit.

Ambil 2 hingga 3 helai daun pandan, tumbukkan sehingga lumat dan lumurkan pada payudara.

  • Menghitamkan rambut

Potong kecil daun pandan dan rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu dan ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan ¾ kali seminggu.

  • Membunuh kuman dalam darah

Amalkan pengambilan air rebusan daun pandan dapat membantu membunuh kuman dalam darah.

Ambil 10 helai daun pandan lalu tumbuk sehingga halus. Tambahkan 2 gelas air. Setelah ditapis, usapkan air hasil tapisan tersebut ke rambut yang sebelumnya sudah diramas. Kemudian bilas dengan air bersih.

  • Mengurangkan sakit pangkal paha

Gunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan satu sudu minyak kayu putih. Tumbuk kesemua bahan itu dan lumurkan pada bahagian yang sakit.

Ambil 2 helai daun pandan dan rebuskan bersama 3 gelas air. Minum air rebusannya untuk menambah selera makan.

Segenggam daun pandan, tumbuk hingga halus, kemudian ambil airnya dan campur dengan sedikit garam. Minum ramuan ini sehari sekali selama 3 hari berturut-turut.

Kredit foto: wellgrowhorti.

<< Ketahui 6 cara yang mampu mengatasi masalah ketagihan anda terhadap makanan manis.Selanjutnya baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

‘Caras’ Usia Anda Dengan Cara Mekap Simple

Next post

Semak, 5 Petua Tradisional Hilangkan Derita Sakit Tekak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *