Petua PemakananSihat

5 Khasiat Jus Buah Delima Untuk Sihat Dan Cantik

khasiat buah delima - woman online magazine

Kredit Foto : kampungbugar

Khasiat Jus Delima.Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bijak ternyata akan membantu memberikan tubuh anda antioksidan yang memiliki efek anti penuaan semulajadi.

Ini adalah kerana makanan yang anda makan sangat mempengaruhi kehalusan serta keanjalan kulit anda.Ia dapat mencegah kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, jerawat dan munculnya garis-garis halus.

 

Baca Juga: Rahsia Awet Muda

 

Salah satunya adalah buah delima yang mungkin memiliki efek yang positif pada kulit anda.Jus adalah cara terbaik untuk menikmati dan mendapatkan khasiat buah delima.

Menikmati buah delima menerusi jus membuatkan penyerapannya menjadi lebih cepat dan lebih mudah untuk semua nutrisi yang ada dialirkan darah ke dalam tubuh. Buah delima mengandungi tiga kali ganda lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan oren.

Antara khasiat jus delima yang sukar ditandingi ialah kandungan antioksidan seperti ‘anthocyanin’ dan ‘asid ellagic’, senyawa seperti ‘asid gallic’ dan ‘flavonoid’ seperti ‘quercetin’ yang memberikan perlindungan daripada diabetis, penyakit jantung, ‘osteoarthritis’ dan beberapa jenis kanser.

 

Berikut adalah beberapa khasiat jus delima buat kesihatan tubuh:

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Jus delima memliki sifat anti bakteria dan anti mikroba yang sangat kuat untuk membantu melawan virus dan bakteria serta berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh seseorang.

 

Baca Juga: Buah-Buahan Penurun Kolesterol

 

2. Merawat Peranakan

Jus delima merah cukup berkhasiat untuk ibu mengandung. Ini adalah kerana sumber besar daripada sejumlah vitamin dan mineral termasuk asid folic yang merupakan elemen penting dari diet prenatal. Anti inflamasi yang terkandung dalam jus delima cukup membantu pengaliran darah yang sihat, yang penting untuk tumbesaran keseluruhan janin.

Kandungan kalium dalam jus delima juga dapat membantu kejang kaki yang sering dikaitkan dengan kehamilan. Apabila diambil secara teratur oleh ibu mengandung, ia dikatakan mampu menurunkan risiko kelahiran anak premature atau kelahiran bayi dengan berat badan yang tidak mencukupi.

 

3. Anti Penuaan Semulajadi

Diet tinggi jus buah delima dapat membantu untuk memperlambatkan proses penuaan dengan mengurangkan kerepot dan garis-garis halus pada wajah yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari secara langsung. Delima merah juga bermanfaat untuk membantu mempertahankan regenarasi sel-sel kulit dan mencegah hyper pigmentasi dan terjadinya bintik-bintik hitam.

Di samping itu, khasiat jus delima yang tidak kurang hebatnya sesuai untuk semua jenis kulit. Jus delima merah membantu merawat kulit kering. Struktur molekul yang kecil menembus  jauh ke dalam kulit untuk memberikan kelembaban yang cukup dan hidrasi pada kulit.

Kandungan ‘asid punicic’, ‘asid lemak omega 3 membuatkan kulit terus terhidrasi dengan mengawal kelembaban. Khasiat jus delima merah memang terbukti untk mengawal minyak dan juga jerawat. Penerapan jus delima merah pada kulit berminyak mencegah pecahnya jerawat dan mengawal pengeluaran sebum.

 

4. Mencegah Rambut Rosak

Khasiat jus delima yang seterusnya adalah mencegah serta memperbaiki rambut rosak. Minum jus delima secara teratur membantu memperkuatkan folikel rambut yang pada gilirannya mencegah rambut rosak, sehingga memebrikan penampilan rambut yang sihat dan bersinar.

 

Baca Juga: Manfaat Masker Rambut

 

5. Baik Untuk Jantung

Jus buah delima berkhasiat terutama untuk kesihatan jantung, dengan menjaga arteri (pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksigen dari jantung ke jaringan di semua organ) agar tetap fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah.

Ia akan menurunkan risiko tersumbat pada bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak. Dalam erti kata lain, jus buah delima memiliki efek anti aterogenik pada jantung iaitu dengan menekan jumlah kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh dan meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL).

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui penyebab berat badan anda turun-naik di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Rahsia Menawan Hati Lelaki Pemalu

Next post

4 Cara Mudah Dan Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] Jus buah delima berkhasiat terutama untuk kesihatan jantung, dengan menjaga arteri (pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksigen dari jantung ke jaringan di semua organ)m agar tetap fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah. Ia akan menurunkan risiko tersumbat pada bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak. Dalam erti kata lain, jus buah delima memiliki efek anti aterogenik pada jantung iaitu dengan menekan jumlah kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh dan meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL).sumber. […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *