Petua PemakananSihat

Antara Khasiat Daun Sup, Mampu Tingkatkan Keinginan Seks

Khasiat Daun Sup - Women

Foto: perubatan

Daun sup adalah sejenis sayur yang berbatang lembut. Ia diperkaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce Umbelliferae. Daun sup biasanya dijadikan sebagai salah satu bahan dalam masakan terutama dalam membuat sup. Ia adalah herba renek dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan mengandungi banyak air.

Khasiat Daun Sup

  • Daun sup merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Ia dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Kandungan garam galian dalamnya memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.
  • Daun sup dikatakan mampu meningkatkan keinginan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl, daun sup dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh terangsang dengan cepat. Ia lebih elok jika di makan mentah. Ia dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.
  • Membantu melarutkan kalsium dalam tubuh badan.
  • Daun sup amat bermanfaat untuk membuka ruang yang tersumbat pada hati dan limpa.
  • Ia juga membantu penghadaman, melancarkan kencing yang tak lawas dan melancarkan keluarnya darah haid.

Info Extra!

Cara Tanam Daun Sup

  1. Beli daun sup segar yang mempunyai akar.
  2. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama satu hari.
  3. Korek tanah dengan kedalaman yang sederhana. Anda boleh menanamnya sama ada di dalam pasu atau di tanah.
  4. Sebelum menanam, potong daunnya dan simpan untuk dibuat masakan.
  5. Tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 hingga 2 inci.
  6. Kemudian tanam di dalam tanah yang sudan dikorek tadi. Pastikan tanahnya sentiasa disiram air dan lembab. Jangan siram air terlalu banyak kerana ia akan reput.

<< Ketahui cara tanam cili di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Aziz Harun Popular Di Malaysia Kerana Lagu “Senyum”

Next post

Tagline Terbaharu Sinar FM “MENYINARI HIDUPMU”. Aspirasi Pendengar Melayu Moden

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *