Petua PemakananSihat

Sejuta Khasiat Daun Sirih

Khasiat Daun Sirih - women online magazine

Kredit Foto: contohartikelmu

Khasiat Daun Sirih. Daun sirih merupakan tanaman tradisional yang mempunyai sejuta khasiat yang tidak ternilai. Daun sirih tumbuh menjalar pada pohon lain dan mempunyai batang yang lembut.

Daun sirih boleh dimakan dengan cara mengunyah bersama gambir, pinang dan juga kapur. Kebiasaannya, daun sirih dimakan oleh golongan yang sudah berusia dan kurang dimakan oleh golongan muda kerana daun sirih mempunyai baunya yang tersendiri.

Selain digunakan sebagai ubat tradisioanal, daun sirih juga banyak dikaitkan dengan upacara adat rumpun Melayu seperti upacara akad nikah dan sebagainya.Daun sirih mempunyai bentuk hati dan sedikit runcing di bahagian hujung daunnya. Ia berwarna hijau gelap manakala batangnya berwarna coklat kehijauan.

Jenis-Jenis Daun Sirih

  • Sirih Merah
  • Sirih Hitam
  • Sirih Jalu
  • Sirih Bulu
  • Sirih Silver
  • Sirih Variegata atau Sirih Putih
  • Sirih Philipine
  • Sirih Darah
  • Sirih Wulung
  • Sirih Irian

Daun sirih merah dan daun sirih hitam sering digunakan dalam bidang perubatan kerana ia mudah untuk di dapati di negara ini.

 

Apakah Khasiat Daun Sirih Kepada Manusia?

Mengunyah daun sirih mampu membuat gigi menjadi lebih kuat dan tidak mudah berlubang.

 

Ia juga mampu mengubati sakit gigi dan gusi bengkak. Sakit tersebut akan beransur hilang dengan perlahan-lahan.

 

  • Membersihkan mata

Air rebusan daun sirih dapat digunakan untuk membersihkan mata kerana khasiat daun sirih dapat membunuh kuman.

 

Penggunaan daun sirih dapat menghilangkan bau ketiak.

 

Daun sirih dipercayai boleh mengubati masalah keputihan dengan merebus daun sirih tadi dan diminum ataupun digunakan sebagai air untuk mencuci vagina wanita.

 

  • Menghilangkan bau mulut

Jika anda kerap berkumur menggunakan air rebusan daun sirih, bau mulut akan beransur hilang.

 

  • Mengubati luka

Ia juga mampu mengubati luka akibat kulit yang terbakar kerana sifat daun sirih yang sejuk. Anda hanya perlu menampalkan daun sirih yang sudah dipanaskan sehingga layu pada kawasan luka tadi.

 

  • Mengubati hidung berdarah

Jika anda mengalami hidung berdarah, gulungkan daun sirih dan sumbatkan ke dalam hidung supaya darah berhenti keluar.

 

Gatal-gatal pada kulit juga boleh dihilangkan dengan meletakkan daun sirih yang sudah ditumbuk dan biarkan ia seketika.

 

  • Mengusir serangga

Selain dari mengubati penyakit bagi manusia, khasiat daun sirih mampu mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain di sekitarnya.

 

  • Penawar kepada demam denggi

Mengalami demam denggi pastinya akan membuatkan anda resah, justeru dair rebusan daun sirih boleh mematikan kuman penyebab demam denggi.

 

  • Mengubati masalah haid

Sekiranya anda mengalami haid yang tidak teratur, anda digalakkan untuk meminum air rebusan daun sirih.

 

Baca Juga: Haid Tidak Teratur

 

  • Mengubati penyakit pernafasan

Ia juga mampu mengubati penyakit lelah ataupun asma serta batuk. Sediakan air rebusan daun sirih dan minum air tadi bersama sedikit madu ataupun kumur sehingga ke kawasan kerongkong.

 

  • Penawar kepada sakit jantung

Sediakan tiga helai daun sirih, tujuh biji pisang, tiga ulas bawang merah dan sedikit jintan putih dan tumbukkan kesemua bahan-bahan tadi. Kemudian ia dicampur dengan air panas untuk dijadikan minuman. Minum air tersebut dua kali sehari.

 

  • Penawar penyakit siflis

Penawar kepada penyakit siflis dengan merebus daun sirih bersama sedikit gula dan garam, kemudian minum air tersebut.

 

Ia juga melancarkan pembuangan air kecil. Daun sirih memiliki sifat diurektik yang dapat membantu melancarkan pembuangan air kecil.

 

  • Menyembuhkan sakit kepala

Sakit kepala merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling umum dan boleh menyerang sesiapa saja. Kelebihan daun sirih yang memiliki sifat mendinginkan dapat membantu menyembuhkan sakit kepala biasa malah juga migraine.

 

Baca Juga: Cara Meredakan Sakit Kepala

 

Jika anda sering mengalami sembelit, anda hanya perlu mencelup daun sirih bersama minyak sayur dan letakkan daun sirih tersebut di kawasan dubur beberapa saat. Ia dapat menyembuhkan masalah sembelit.

 

Kesimpulan

Begitu banyak khasiat daun sirih yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. Anda boleh menanam daun sirih di perkarangan rumah dan cara penanamannya juga adalah sangat mudah. Anda juga tidak perlu mengharapkan ubat-ubatan yang menggunakan bahan kimia kerana ia mungkin akan memberikan kesan sampingan di kemudian hari.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui 7 khasiat temulawak yang perlu anda tahu di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Tangani Masalah Kulit Kusam Dengan Berkesan

Next post

Hangatkan Kembali Cinta Dengan Fantasia Bulan Madu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *