Petua PemakananSihat

Dapatkan 11 Kebaikan & Khasiat Buah Prune

Buah Prune - Women Online Magazine

Foto: myfoodchannel

Buah prune merupakan buah segar yang telah dikeringkan. Sebelum dikeringkan, ia dikenali sebagai buah plum.Prune atau plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya.

Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah prune atau plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.

Pokok prune ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah prune di Asia.

Khasiat Buah Prune

  1. Isi buah prune rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
  2. Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.
  3. Kajian mendapati bahawa buah prune memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh.
  4. Pengambilan buah prune juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh.
  5. Buah prune boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.
  6. Membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.
  7. Vitamin C di dalam buah prune mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid.
  8. Buah prune juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.
  9. Ia juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.
  10. Kekerapan memakan buah prune boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah prune juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
  11. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

<<

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Ketumbuhan Otak & Tanda-Tanda Jika Anda Menghidapnya

Next post

Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil & Ketahui 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. April 6, 2015 at 12:31 pm — Reply

    Ha.. Lepas ni nak cari buah prune.. Nak cuba rasa buah ni..

  2. April 8, 2015 at 11:04 pm — Reply

    buah prune ni sesuai tak, kalau kita jadikan salah satu cara untuk detox usus kita admin? ūüôā

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *