Petua PemakananSihat

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Buah Epal Merah Selalu…

Buah Epal - Woman Online Magazine

Kredit : nutritioncheckup

Anda suka makan buah epal? Selain rasanya yang enak, ranggup, kandungan vitamin dan nutrisinya juga sangat baik untuk kesihatan.Buah epal juga sering menjadi menu kegemaran mereka yang sedang berdiet.

Jika dibandingkan dengan buah-buahan dan sayuran lain, buah epal sememangnya tidak mempunyai kandungan vitamin C yang banyak, tetapi buah epal kaya dengan antioksidan. Epal merah lebih sering dimakan kerana rasanya lebih manis jika dibandingkan dengan epal hijau.

Berikut beberapa khasiat epal yang cukup baik untuk kesihatan.

Buah epal kaya dengan ‘fitonutrien’ yang dikenali sebagai ‘quercetin’, ‘catechin’, ‘phloridzin’ dan ‘asid klorogenat’. ‘Fitonutrien’ yang terdapat pada buah epal membantu melindungi sistem kardiovaskular dari kerosakan oksigen.

Selain itu, kandungan serat yang tinggi (pectic) pada buah epal juga membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL). Anda yang menikmati 2 biji buah epal pada setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol LDL sebanyak 16%.

Kulit buah epal mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai ‘quercetin’ yang cukup tinggi sehingga dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser, terutama kanser payudara dan kanser usus besar.

Selain itu, ‘quercetin’ pada buah epal juga akna melindungi sel otak dari jenis kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.

Epal merah boleh dijadikan kudapan manis yang sesuai dimakan oleh pengidap penyakit diabetis. ‘Pektin’ dalam buah epal mengeluarkan ‘asid galacturonic’ dan dihadamkan oleh tubuh yang boleh menurunkan keperluan insulin dan membantu mencegah diabetes pada tubuh manusia.

Waanita yang makan 3 biji buah epal atau pir pada setiap hari dalam jadual dietnya, dikatakan akan kehilangan berat badan yang lebih banyak dibandingkan wanita yang tidak makan buah pada ketika mereka sedang diet.

Serat amat diperlukan oleh tubuh, terutama untuk sistem penghadaman. Serat boleh didapati pada kulit buah epal merah dan dipercayai berkesan untuk melancarkan sistem penghadaman. Kandungan ‘pektin’ juga akan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar dan membantu menjaga sistem penghadaman yang sihat. Anda juga akan terhindar daripada gangguan seperti sembelit dan diare.

Kandungan ‘flavanoid’ yang dipanggil ‘phloridzin’ pada buah epal dikatakan dapat melindungi wanita pra menopause daripada osteoporosis dan juga dapat meningkatkan kepadatan tulang.

<< Ketahui khasiat kacang hijau yang berguna untuk kesihatan tubuh di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Risiko Menanti Lelaki Bila Dapat ‘Awek Cun’!

Next post

Mekap Tahan Lama - Pilih Mekap Jenis ‘Waterproof’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *