Petua PemakananSihat

9 Sebab Kenapa Anda Mesti Makan Buah Ceri

Buah Ceri - woman online magazine

Kredit :

calcherry

 

Di negara Jepun, ceri merupakan salah satu pokok yang paling disukai. Bunga-bunga ceri yang mekar sewaktu musim bunga memukau keindahan di Jepun. Bahkan, masyarakat di sana juga ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berpiknik di taman-taman yang ditumbuhi pokok ceri sewaktu musim bunga. Ternyata, pokok ceri sangat dihargai di Jepun.

Pokok ceri seperti payung, memiliki daun yang kecil dan buahnya bersaiz kecil serta berwarna merah apabila sudah masak.Rasa buah ceri sangat manis dan cukup berkhasiat untuk kesihatan. Namun, di Malaysia buah ceri ini kurang mendapat ‘tempat' kerana harganya cukup mahal. Namun,anda akan mendapatkan manfaat yang luar biasa jika anda memakan buah ceri. Ada banyak sebab mengapa anda harus makan lebih banyak buah ceri atau menggunakannya dalam resepi masakan anda.

Berikut adalah 9 sebab yang menakjubkan mengapa anda disarankan makan lebih banyak buah ceri:

  1. Mencegah Kanser

Tahukah anda bahawa dengan pengambilan buah ceri secara teratur, anda mampu melawan jenis-jenis kanser tertentu. Antioksidan dalam ceri juga dikatakan sangat efektik melawan radikal bebas atau molekul tidak stabil yang bertanggungjawab atas kerosakan sel dalam tubuh manusia.Antioksidan ceri juga dikatakan mampu memperlambat proses penuaan semulajadi.

  1. Tidur Lebih Lena

Jika anda mempunyai gangguan tidur atau sukar untuk melelapkan mata pada malam hari, cubalah makan buah ceri. Buah ceri memiliki antioksidan melatonin yang mempunyai efek menenangkan, mengurangi insomnia, mengurangi stress dan sakit kepala serta dapat membantu mengawal emosi.

  1. Elok Untuk Kesihatan Mata

Pengambilan buah ceri pada setiap hari cukup bagus untuk kesihatan mata. Buah ceri mengandungi banyak vitamin A dan beta karoten yang baik untuk meningkatkan penglihatan dan menjaga kesihatan mata. Retinol adalah bahagian lain dari vitamin A yang membantu menjaga kesihatan kulit anda. Buah ceri mengandungi sekitar 20 kali vitamin A daripada buah strawberi atau blueberry.

  1. Meningkatkan Fungsi Otak

Jika anda mudah lupa, buah ceri dapat membantu untuk menahan hilangnya memori, tidak kiralah berapa pun usia anda. Buah ceri dikenali sebagai “nutrisi otak” kerana mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang disebut ‘antosianin’, yang bermanfaat besar untuk otak anda. Jadi,pengambilan buah ceri dapat meningkatkan kekuatan otak anda.

  1. Mencegah Kejang Otot

Meskipun pisang mengandungi lebih banyak kalium daripada buah ceri yang masak, namun tidak semua orang menyukai pisang. Jadi, jika anda tidak suka makan pisang, anda boleh beralih ke buah ceri bagi mendapatkan kalium.Kalium dapat meringankan dan mencegah kejang otot serta sakit ketika dating haid. Anda disarankan makan beberapa ulas buah ceri sebelum atau selepas bersenam.Jika anda suka, anda juga boleh minum jus ceri.

  1. Baik Untuk Jantung

Pengambilan buah ceri atau jus ceri secar teratur dapat menghindari daripada penyakit jantung. Buah ceri memiliki kandungan kalium yang sangat berguna untuk mengatur denyutan jantung dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Buah ceri memiliki kandungan pitosterol yang berguna untuk menurunkan kadar kolesterol jahat pada tubuh. Buah ceri  benar-benar mampu memperbaiki kualiti tidur sehingga boleh mencegah penyakit jantung dengan baik.

  1. Memperbaiki Sistem Penghadaman

Kandungan serat yang tinggi daripada buah ceri membantu memperbaiki sistem penghadaman dan juga menurunkan kadar kolesterol anda. Segenggam buah ceri sudah memadai kerana ia mengandungi seperempat dari serat yang anda perlukan dalam sehari.

  1. Meningkatkan Kesuburan

Untuk pasangan suami isteri, buah ceri sangat berguna untuk kehidupan seks.Kandungan vitamin A dan C pada buah ceri dikatakan dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.

  1. Mengurangkan Lemak Dalam Tubuh

Buah ceri dikatakand apat mengurangkan lemak dalam tubuh dengan cara memecah lemak dan memberikan pemakanan yang baik untuk bakteria baik  dalam usus sehingga memperlancarkan proses metabolism tubuh. Buah ceri juga dikatakan mampu menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko stroke, diabetes dan tekanan darah tinggi.Buah ceri mempunyai kandungan ‘antosianin’ yang baik untuk kesihatan tubuh.

<< Ketahui kebaikan beras merah daripada beras putih di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wajib Tahu! 6 Pantang Larang Sebelum Anda & Suami Beraksi Panas Di Ranjang

Next post

Kenal Pasti Punca Terjadinya Kanser Rahim

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *