Petua PemakananSihat

Kebaikan & Khasiat Buah Avocado Mampu Lindungi Kita Daripada Pelbagai Penyakit

Khasiat Avocado - women online magazine

Avocado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ mempunyai pelbagai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit.

Antaranya masalah penglihatan, penyakit jantung dan juga masalah obesiti. Buahnya berbentuk bujur dan kulit berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pakar nutrisi menganggap buah avocado sebagai makanan sempurna. Walaupun kaya dengan kalori, ia adalah kalori yang penuh dengan nutrisi. Avocado mengandungi lebih 25 nutrisi termasuk vitamin A, B, C, E & K, iron, zat besi, magnesium dan potasium yang berupaya melindungi kita daripada pelbagai penyakit.

Kebaikan Buah Avocado

Lemak monotaktepu yang terkandung dalam avocado mampu mengembalikan ketahanan insulin yang membantu mengawal kandungan gula dalam badan. Ia juga mempunyai serat terlarut yang menyimpan tahap kandungan gula stabil.

Kaya dengan antioksidan, avocado berupaya menangani simptom-simptom penuaan. Kandungan glutathione berupaya meningkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan serta mengalakkan sistem saraf yang baik.

Minyak avocado sering digunakan dalam kosmetik kerana keupayaannya dalam menyuburkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri-seri. Ia juga boleh merawat psoriasis iaitu penyakit kulit yang menyebabkan kulit anda menjadi kemerahan dan gatal.

Banyak kajian menunjukkan avocado boleh menghalang daripada pertumbuhan kanser prostat. Malah ‘asid oleic' yang terkandung dalam avocado turut berkesan dalam menghalang kanser payudara.

Avocado kaya dengan bahan yang dipanggil beta-sitosterol yang telah menunjukkan keberkesanannya dalam merendahkan tahap kolestrol.

Kaya dengan sumber potasium, avocado membantu mengawal tekanan darah dalam badan anda.

Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

Jika anda mempunyai masalah kekurangan berat badan, makanlah buah avocado. Ia mengandungi 200 kalori untuk 100 gram. Kebiasaannya buah-buahan lain hanya mengandungi kira-kira 60 hingga 80 kalori untuk 100 gram. Oleh kerana ia tinggi kandungan kalori, avocado adalah diet terbaik untuk mereka yang ingin menambah berat badan.

  • Mengelakkan Nafas Berbau

Avocado adalah pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk mengawal daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Avocado adalah sumber terbaik untuk lutein karotenoid, dimana kebaikannya diketahui untuk membantu melindungi daripada masalah katarak dan degenerasi macular yang berkaitan dengan usia.

 

Kesimpulan

Buah avocado adalah salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah-buahan dalam kehidupan kita.

Kredit foto: feastsandfotos

<< Ketahui lebih lanjut kebaikan soya untuk kesihatan dan kecantikan tubuh di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kerap Sakit Perut, Petanda Awal Anda Hamil?

Next post

Ketahui Mitos, Kebaikan Serta Bahaya Mandi Malam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *