Petua PemakananSihat

Perlu Cuba! 6 Cara Sekat Ketagihan Makanan Manis

Makanan Manis - Women Online Magazine

Sebut saja aiskrim,pai dan coklat pastinya sudah mampu membuatkan anda terliur. Siapa saja mampu menolak dengan pelbagai jenis makanan ini yang mengandungi gula yang tinggi.

Semua jenis makanan manis ini sememangnya sedap dimakan tetapi jika terlebih makan, ada padahnya terutamanya pada kesihatan.Sememangnya bukan mudah untuk mengelakkan diri daripada mengambil makanan manis terutamanya untuk mereka yang gemarkan pencuci mulut seperti coklat.

Sebenarnya keinginan untuk makan makanan manis boleh disekat dengan cara-cara berikut:

6 Cara Menyekat Keinginan Makan Makanan Manis

  1. Kawal Keinginan Anda Pada Makanan Manis

Alihkan perhatian anda ketika melihat makanan yang mengandungi makanan bergula yang tinggi. Lebih elok sekiranya anda gantikan nafsu untuk makan makanan bergula dengan amalan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

  1. Minum Teh Herba

Teh terbukti bukan sekadar mampu menghilangkan rasa dahaga,malah ia juga memiliki khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya ialah ia mampu mencegah kanser perut dan juga masalah gigi berlubang. Untuk mencegah kanser perut, teh yang baik untuk diminum adalah dari jenis teh hijau yang mengandungi anti-oksidan.

  1. Amalkan Makanan Yang Kaya Dengan Serat

Makan secara teratur akan memberikan tubuh anda tenaga yang diperlukan sepanjang hari dan juga mengatur tahap gula di dalam darah. Ini adalah kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat. Oleh itu,pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya. Semakin tinggi kandungan serat, semakin lambat gula masuk ke dalam aliran darah. Jangan lupa memilih sayuran hijau sebagai pengganti makanan manis anda.

  1. Pilih Makanan Daripada Bahan Pemanis Semulajadi

Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan. Bahkan, ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa. Antara bahan pemanis semulajadi yang boleh anda amalkan ialah madu.

  1. Amalan Pemakanan Seimbang

Gula dan makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera di ubah menjadi gula di dalam darah sekaligus menyebabkan kadar insulin naik. Oleh itu, sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein, kabohidrat dan lemak yang seimbang. Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah dan juga memberikan anda sumber tenaga yang stabil serta menjaga tubuh agar tetap sihat.

  1. Tidur Yang Mencukupi

Ketika anda keletihan,otak anda akan meminta untuk anda menambahkan tenaga badan dengan segera dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan makanan manis. Oleh itu,pastikan anda mempunyai waktu rehat dan masa tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7 jam sehari.

Kredit foto: xerobid.com

<< Kekalkan berat badan anda dengan khasiat buah kiwi di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Benarkah Kulit Jadi Lebih Cerah & Gebu Dengan Produk Collagen?

Next post

Hidung Kerap Tersumbat Petanda Awal Kanser Hidung?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *