7 Kebaikan Makan Telur Rebus Yang Mungkin Selama Ini Anda Tidak Tahu
Telur merupakan salah satu jenis makanan yang disukai oleh ramai orang di seluruh dunia.Tak kira orang dewasa, mahupun kanak-kanak menyukai segala bentuk olahan telur seperti direbus, dimasak ataupun digoreng.
Semuanya mampu memukau selera bagi penggemar telur. Kini semakin ramai orang memakan telur rebus kerana ini merupakan salah satu cara untuk memiliki kehidupan yang sihat.Telur rebus lebih baik untuk kerana mengandungi sekitar 70 kalori, lebih dari 6 gram protein berkualiti tinggi, 4,7 gram lemak tak tepu dan sejumlah besar vitamin D. Satu ‘portion’ telur rebus memiliki jumlah antioksidan yang baik serta persenyawaan kolin yang juga merupakan nutrisi penting untuk fungsi otak yang sihat.
Ternyata telur rebus menyimpan banyak manfaat buat kesihatan. Hal ini terbukti dari vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh.Telur kaya dengan potassium, zat besi, folic, vitamin E, zinc dan protein. Pengambilan telur rebus juga akan menjaga anda agar tetap kenyang dalam waktu yang cukup lama dan juga dapat mengawal nafsu makan anda.
Berikut beberapa manfaat kesihatan yang dimiliki telur rebus. Semak!
Salah satu manfaat dari telur rebus iaitu baik bagi kesihatan mata. Dengan pengambilan telur rebus secara rutin,ia akan memberikan anda banyak ‘karotenoid’ seperti ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’.
‘Karotenoid’ ini memainkan peranan penting dalam melindungi mata dari pada pelbagai masalah kesihatan mata seperti penurunan kemampuan penglihatan yang umumnya terjadi pada orang dewasa.
2. Kuku Sihat & Kuat
Telur rebus juga mengandung sulfur yang tinggi yang merupakan sumber ideal vitamin D. Mineral, antioksidan dan vitamin D yang terdapat di dalamnya mampu membantu menjaga kesihatan dan kekuatan kuku agar tidak mudah patah.
3. Meningkatkan Kesihatan Otak
Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer.
Masih ramai yang tidak tahu bahwa telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda pun tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan.
Telur rebus mengandungi vitamin D yang tinggi yang dapat membantu penyerapan kalsium dan mengawal peningkatan kalsium dalam darah.Ambillah telur rebus secara rutin kerana dipercayai dapat membantu tulang menjadi semakin kuat dan terhindar dari penyakit osteoporosis.
6. Elok Untuk Darah
Ada di antara pakar penyelidik mengatakan bahawa telur rebus elok dimakan kerana mampu mencegah pembekuan darah. Pengambilan telur secara rutin juga dipercayai dapat membantu kesihatan jantung. Selain mencegah terjadinya pembekuan darah, secara tak langsung pengambilan telur rebus ini juga dapat mencegah risiko saluran pembuluh darah tersebut serta risiko diserang strok.
7. Cegah Risiko Kanser Payudara
Telur rebus juga boleh menjadi sahabat yang baik buat para gadis atau wanita dalam soal menjaga kesihatan payudara. Ini adalah kerana telur rebus dianggap mampu membantu menurunkan risiko penyakit payudara terutama kanser payudara.
Jadi, mulai sekarang jangan ragu untuk memasukkan telur rebus dalam jadual menu harian anda dan keluarga ya!
Kredit foto: egseverydayindulgence
<<Ketahui khasiat daun salam yang merupakan diet sihat di sini.
No Comment