Petua PemakananSihat

Kebaikan Sebenar Vitamin K Buat Tubuh Manusia

Vitamin K-2 - Women Online Magazine

Foto: bestnutritionforhealth

Vitamin K atau Koagulations-Vitamin merujuk pada sekelompok vitamin lipofilik dan hidrofobik yang diperlukan untuk perubahan pascatranslasi berbagai macam protein, terutamanya dalam proses pembekuan darah. Secara kimia vitamin ini adalah turunan 2-metil-1,4-naftokuinon.

Vitamin K2 secara normalnya dihasilkan oleh bakteria dalam saluran pencernaan manusia, dan kekurangan zat akibat diet yang sangat jarang terjadi kecuali saluran pencernaan mengalami kerosakan yang sangat parah sehingga tidak dapat menyerap molekul.

Dos harian vitamin K adalah 2 mcg per 1 kg berat badan. Gejala kekurangan vitamin K adalah pembekuan darah tidak normal. Kekurangan vitamin ini jarang berlaku pada orang dewasa, tapi sering terjadi pada bayi yang baru lahir. Gejala kelebihan vitamin K boleh terjadi seperti, mual, muntah, anemia, cirit-birit, dan ruam kulit.

Fungsi Vitamin K

  • Pembekuan Darah

Jika vitamin K tidak mencukupi, maka proses pembekuan darah akan terganggu. Secara logiknya, jika kesan luka bersaiz luka kecil boleh sembuh dalam masa sehari, bagi orang yang kurang vitamin K dalam tubuhnya akan mengambil masa lebih sehari untuk sembuh.

Ia boleh mengurangkan risiko rintangan insulin sehingga membantu melawan diabetes. Penemuan ini diterbitkan dalam Diabetes Care. Selain itu, vitamin ini juga membantu metabolisme di dalam tubuh berkaitan dengan rintangan kompaun insulin.

Vitamin K dapat meningkatkan kepadatan tulang sehingga terhasilnya struktur rangka tubuh yang kuat. Khususnya pada wanita, vitamin K juga boleh menurunkan risiko terkena osteoporosis. Di dalam tulang, vitamin K ini akan membantu kompaun osteokalsin yang berperanan dalam penyerapan mineral untuk membentuk stuktur tulang yang kuat. Osteoklasin sendiri dihasilkan oleh osteoblas, kumpulan sel pembentuk tulang.

  • Mencegah Pendarahan Hati

Di dalam tubuh, vitamin K dapat menekan proses pendarahan di hati yang seringkali muncul akibat antibiotik secara berlebihan.

  • Mencegah Penyakit Hemoragik

Bagi bayi baru lahir yang menghidap penyakit berdarah akan mengalami pendarahan. Untuk mencegahnya, bayi harus diberi vitamin K melalui susu ibu. Jadi, si ibu harus mengambil makanan yang kaya dengan vitamin K.

<< Ketahui cara mudah untuk mengatasi masalah bau kaki di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Harus Cuba! Tingkatkan Metabolisme Tubuh Boleh Kurangkan Berat Badan Anda

Next post

10 Kebaikan Buah Tembikai Buat Tubuh Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *