Petua PemakananSihat

Ketahui Kebaikan Jus Lidah Buaya & Cara Menanamnya

Aloe Vera - Woman Online Magazine

Kredit : climbskin

Lidah buaya atau aloevera sememangnya dikenali sebagai topical agent yang biasa ditemui dalam krim atau losyen.Ini adalah kerana lidah buaya bagus sebagai ‘astringent’ dan mampu menyembuhkan luka terbakar. Masih banyak manfaat daripada lidah buaya, salah satunya adalah nutrisi yang terkandung dalam jus lidah buaya.

Jus lidah buaya dipercayai membantu menyembuhkan radang, iritasi usus, dan bahkan membantu mengatasi diabetes.Selain itu, lidah buaya dikenali sebagai tanaman yang menyimpan banyak air pada batang. Ini membuat batang lidah buaya menjadi lunak, tebal, padat berisi dan penuh air!

Gel lidah buaya mengandungi komponen yang bermanfaat bagi tubuh seperti air, vitamin, asid organik, steroid, dan gula.Komponen lain yang terdapat dalam lidah buaya adalah polisakarida, asid amino dan protein.

Berikut adalah kegunaan lidah buaya yang telah dijadikan jus:

  1. Detoks

Vitamin, mineral dan nutrisi lain yang di terdapat dalam jus lidah buaya dapat menyingkirkan unsur-unsur yang berbahaya dalam tubuh. Kegunaan lidah buaya yang dijadikan boleh dijadikan sebagai makanan untuk membuang segala rucun dalam tubuh.

  1. Mencantikkan Kulit

Kegunaan lidah buaya yang dijadikan jus benar-benar berkesan untuk mencantikkan kulit. Minuman jus lidah buaya memberikan kolegen dan elastin bagi tubuh, yang mana kedua-dua zat tersebut membantu menyihatkan pertumbuhan kulit.Efek ini dapat dilihat dengan cepat, kerana kulit baru akan tumbuh setiap beberapa minggu.

  1. Bagus Untuk Sakit Sendi

Jus lidah buaya adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangi peradangan pada sendi. Jus lidah buaya juga membantu mengurangi rasa sakit yang disebabkan oleh arthritis dan penyakit-penyakit lain yang seangkatan dengannya.

  1. Menyihatkan Gigi

Jus lidah buaya memiliki karakteristik anti bakteria dan anti mikroba, sehingga membantu membuatkan gigi dan gusi menjadi sihat, mencegah gusi berdarah dan kanser leher.

Cara Menanam Lidah Buaya

Sebelum menanam, pastikan untuk memilih benih yang sihat. Pastikan daun kelihatan bersih, tidak berbintik atau berulat.Lidah buaya merupakan tanaman yang tidak memerlukan banyak penjagaan. Biarpun begitu, anda tetap perlu menjaganya agar ianya boleh tumbuh dengan sihat.

Berikut adalah cara menanam lidah buaya:

Lidah buaya merupakan tanaman yang memerlukan banyak cahaya matahari. Tetapi, anda perlu menghindari cahaya matahari yang terlalu tepat kerana ia boleh merosakkan daunnya.Bintik-bintik coklat gelap atau oren pada daun merupakan pertanda lidah buaya tersebut telah terkena cahaya matahari yang terlalu banyak.Jika sudah parah, daun akan bersisik dan berubah warna oren sepenuhnya. Cuba letakkan lidah buaya pada tempat teduh dengan cahaya matahari yang sederhana.

Pastikan tanah yang digunakan untuk menanam lidah buaya ini cukup kering (bukan tanah basah). Jika mahu gunakan tanah basah, anda disarankan mencampurkannya dengan pasir.

Selain tanah yang tepat, pemberian baja juga diperlukan. Apatah jika lidah buaya tersebut kelihatan tumbuh kurang subur.

  • Penyiraman

Lidah buaya memiliki daun berisi padat  atau ‘daging’ sehingga  banyak menyimpan air. Oleh sebab itulah, lidah buaya hanya memerlukan air dalam jumlah sederhana.Jumlah air berlebihan hanya akan menyebabkan tanaman tersebut menjadi busuk. Jadi, siramlah lidah buaya  jika tanahnya kelihatan sudah kering. Pastikan ‘pot’ atau pasu memiliki lubang ‘drainase’ untuk membuang kelebihan air.

  • Tukar Pasu

Lidah buaya yang sihat mempunyai tahap pertumbuhan yang baik dan segera memiliki banyak tunas.Jika tanaman telah tumbuh besar sehingga pot atau pasu tidak muat lagi, bermakna anda perlu menggantinya dengan pasu yang baru. Pilihlah pasu yang lebar kerana lidah buaya tidak mempunyai akar yang panjang.

<< Ketahui cara mudah mengatasi jerawat pasir di wajah di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Langkah Mudah Atasi Masalah Muka Berjerawat

Next post

Ketahui Cara Mengurut Bayi Dan Manfaatnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] Kegunaan Lidah Buaya | Women Online Magazine […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *