Petua PemakananSihat

Kebaikan Air Soya Buat Ibu Mengandung

air soya - woman online magazine

Kredit : syahidyangberjalan

Kebaikan Air Soya Untuk Ibu Mengandung Tidak Kurang Hebatnya Dengan Susu Lembu!

Manfaat atau kebaikan air soya buat ibu mengandung sangat baik kerana di dalamnya terdapat pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung.Di samping itu, air soya juga boleh dijadikan alternatif bagi ibu mengandung yang mempuyai alergi laktosa(lactose intolerant).

 

Berikut ini beberapa kebaikan air soya buat ibu mengandung. Antaranya…

 

  1. Sumber Protein

Antara zat protein yang terkandung dalam air soya ialah arginine, lysine, lecithin, glassine, tryptophan, phenylalanine dan threonine. Zat-zat tersebut sangat baik untuk pertumbuhan janin pada ibu mengandung. Di antaranya adalah untuk mengoptimumkan pertumbuhan organ pada janin, memperbaiki jaringan yang rosak, memelihara fungsi organ ibu mengandung sehingga memperkuatkan daya ketahanan tubuh.

 

  1. Asid Folic

Kandungan asid folic pada air soya membuatkan ia sangat bagus untuk ibu mengandung bagi meningkatkan pertumbuhan sel saraf janin, terutama pada kehamilan trimester 1.

 

  1. Karbohidrat

Zat ini sangat berguna untuk sumber energi ibu mengandung serta melancarkan sistem pengahdaman. Ia sangat penting bagi ibu mengandung kerana akan mempengaruhi perkembangan janin.

 

  1. Lain-Lain Zat

Selain beberapa zat di atas, kebaikan susu soya untuk untuk ibu mengandung dapat diperoleh dari kandungan vitamin yang ada pada biji soya, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin B1 dan vitamin E. Vitamin-vitamin tersebut bermanfaat untuk menjaga fungsi mata, pertumbuhan tulang janin, menghasilkan energi sehingga mencegah keguguran.

 

  1. Sumber Kalsium

Air soya mengandungi kalsium sehingga dapat membantu perkembangan tulang pada janin.

 

  1. Sumber Isoflavon

Air soya juga mengandungi isoflavon yang berfungsi mempercepatkan metabolisme, memperkuat daya ketahanan tubuh, meningkatkan fungsi kognitif dan sebagainya yang baik untuk ibu mengandung.

<< Ketahui makanan sihat untuk ibu mengandung di sini.

Previous post

Wajib Tahu! 5 Manfaat Jalan Kaki

Next post

Ketahui Cara Mudah Memutihkan Lutut Yang Hitam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *