Petua PemakananSihat

Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat

Jus Buah-Buahan - women online magazine

Jus buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan.

Pengambilan jus buah-buahan adalah satu cara untuk menguruskan badan. Tetapi, ramai yang gagal menguruskan badan dengan teknik ini disebabkan salah menyusun sebuah menu diet. Pemahaman yang kurang lengkap tentang diet yang betul menyebabkan cara menguruskan badan dengan jus buah-buahan ini gagal.

Sudah pasti ada di antara anda yang berpendapat, menahan makan atau ‘mengikat’ perut boleh menurunkan berat badan. Padahal, ia tidak benar sama sekali. Ketika anda berasa sangat lapar, semakin banyak pula kalori yang diperlukan. Akibatnya, tanpa anda sedari anda telah makan secara berlebihan!

Namun, meminum jus buah-buahan  untuk diet adalah cara paling mudah untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. Jus buah-buahan ini juga bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Jus buah-buahan tidak mengandungi lemak, sebaliknya kaya dengan mineral, vitamin serta enzim.

Khasiatnya mampu membantu anda mengurangi berat badan secara semulajadi, sihat dan selamat.Perbanyakkan pengambilan jus buah-buahan yang banyak mengandungi kadar air. Ia akan membuatkan perut anda penuh sehingga tidak mudah berasa lapar.

1. Jus Epal & Jus Tomato

Buah epal ini kaya dengan micronutrients  ataupun nutrisi makro. Fungsinya iaitu menekan nafsu makan sehingga membantu program diet anda berjalan dengan lancar. Selain itu, ia dapat menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah serta kadar gula darah.  Begitu juga dengan jus tomato yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh.

2. Jus Grapefruit

Target anda tertumpu pada pembakaran lemak. Salah satu caranya adalah dengan meminum jus grapefruit dan pengambilan buah ini sepanjang hari. Grapefruit mengandungi enzim pembakar lemak yang membantu untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

3. Jus Oren

Oren merupakan sumber vitamin C, potassium serta folat, dan hanya mengandungi 110 kalori. Bahkan kandungan asidnya selain berguna bagi menurunkan berat badan, juga sangat berguna untuk menyingkirkan racun dari tubuh.

4.Jus Strawberi

Mengandungi asid alergik yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tumbuh, membersihkan sistem penghadaman, mengawal kadar kolesterol serta melambatkan pertumbuhan sel tumor pada paru-paru, payudara dan leher rahim.

5.Jus Jambu

Ternyata banyak manfaat yang terkandung dalam jus jambu. Antaranya dapat mengurangi kolesterol dalam darah dan menurunkan tekanan darah, menurunkan berat badan serta dapat mencegah ulser mulut.

6. Jus Tembikai & Jus Melon

Keduanya memiliki kandungan air yang banyak, tetapi memiliki kadungan kalori yang rendah. Jika melon banyak mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk tubuh, tembikai juga banyak mengandugi zat besi, sama seperti yang terdapat pada bayam.

Kredit foto: picsfab

 << Baca juga di sini, kelebihan Salah Buah-Buahan yang dapat membantu anda menguruskan badan. 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Muffin Coklat Chip

Next post

Resepi Gulai Kawah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *