Petua PemakananSihat

Fahami Fungsi Utama Protein Buat Tubuh Anda

Fungsi Protein - Women Online Magazine

Foto: i.ytimg

Fungsi protein yang paling utama adalah untuk zat pembangunan tubuh. Protein sendiri merupakan sekumpulan sebatian organik yang di dalamnya terdiri daripada sulfur, hydrogen, fosforus, nitrogen, oksigen serta asid amino.

Protein merupakan bahan yang paling diperlukan oleh tubuh. Dalam kamus pemakanan, protein dimaksudkan sebagai suatu kumpulan makromolekul yang berbentuk sebatian asid amino yang mempunyai fungsi untuk bahan pendorong metabolisme dan zat pembangunan tubuh.

Fungsi Protein

  • Pembentukan otot dan sel-sel di dalam tubuh

Fungsi protein adalah untuk pembentukan otot dan sel-sel di dalam tubuh. Banyak atlit bina badan yang menjadikan protein sebagai menu utama makanan mereka kerana protein dapat membentuk otot terus berkembang. Apabila otot yang terbentuk tetap terhasil dengan baik, maka ia akan membantu tubuh memaksimumkan pembakaran lemak sehingga berat badan menjadi seimbang.

  • Media penggerak saraf

Protein yang mempunyai fungsi ini biasanya berbentuk resepotr; misalnya rodopsin, suatu protein yang bertindak sebagai penerima warna atau cahaya pada sel-sel mata.

  • Bahan untuk menghasilkan hormon

Fungsi protein di sini adalah menunjang proses rembesan dan membantu pelepasan hormon pada tubuh, termasuk hormon testeosterone serta hormon pertumbuhan.

  • Enzim

Hampir semua reaksi biologi dibantu oleh suatu sebatian makromolekul tertentu yang disebut enzim, dari reaksi yang sangat sederhana seperti reaksi pengangkutan karbon dioksida sampai yang sangat rumit seperti reaksi kromoson. Hampir semua enzim menunjukan daya yang luar biasa dan biasanya boleh mempercepatkan reaksi hingga beberapa juta kali.

  • Pertahanan tubuh

Protein memegang peranan utama dalam hal kekebalan tubuh. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil protein pada kadar yang rendah akan lebih mudah diserang penyakit. Dan perlu diketahui bahawa sel darah putih diperbuat daripada protein. Sel darah putih ini sendiri dapat membantu mencegah serangan virus dan bakteria di dalam darah.

  • Protein kontraktil

Protein jenis ini berfungsi dan peranan dalam pengembangan otot dan gerakan tubuh. Protein ini juga sering disebutkan sebagai salah satu dalam program diet sihat tanpa ubat yang selamat dan semula jadi.

  • Protein hormonal

Protein hormonal merupakan protein yang membantu aktiviti dan kegiatan serta menyelaras tubuh tertentu. Contoh dari protein ini adalah termasuk insulin, oksitosin dan somatotropin. Insulin mengatur metabolisme glukosa dengan mengawal gula darah dalam tubuh manusia. Oksitosin diperlukan untuk merangsang penguncupan pada wanita saat akan melahirkan. Somatotropin adalah hormon pertumbuhan yang merangsang pengeluaran protein dalam sel otot.

  • Alat pengangkutan

Banyak molekul dan beberapa ion boleh diangkut atau dipindahkan oleh protein-protein tertentu. Misalnya hemoglobin mengangkut oksigen dalam eritosit, sedang mioglobin mengangkut oksigen dalam otot. Ion besi pula diangkut dalam plasma darah oleh transferin dan disimpan dalam hati sebagai kompleks dengan ferritin, suatu protein yang berbeza dengan transferin.

<< Ketahui khasiat buah melon untuk kesihatan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Cuba! Resepi Nasi Arab

Next post

Cara Menghilangkan Selulit (Stretch Mark) Di Perut, Paha & Betis Dengan Cepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *