Petua PemakananSihat

Buat Sendiri! Tips Detoks Dengan Jus Sayur Dan Buah

Jus Sayur Dan Buah - Women Online Magazine

Foto: natalieweissrd

Detoks adalah proses mengeluarkan toksin dalam tubuh melalui air kencing, pernafasan, najis dan peluh dengan menggunakan empat organ utama iaitu hati, ginjal, saluran penghadaman dan kulit.

Melalui detoks inilah kita dapat mengoptimumkan proses pengeluaran racun-racun dari tubuh kita. Efek daripada detoks yang optimum sangat luar biasa : Tubuh menghadamkan makanan dengan lebih baik, kulit jadi lembab dan bersinar, sakit belakang, sakit sendi ataupun rasa sakit kronik lainnya akan hilang. Bahkan daya ketahanan tubuh serta energi andapun akan meningkat.

Penggumpulan racun dalam tubuh boleh disebabkan oleh faktor makanan. Pengambilan makanan berkolestrol tinggi, mengandungi lebihan lemak tepu dan makanan serta minuman ringan lainnya boleh mengundang penggumpulan racun dalam tubuh.Untuk mendapatkan tubuh yang sihat, sudah pasti makanan yang sihat amat diperlukan.Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah pilihan tepat untuk menyokong badan kita supaya tetap sihat dan kuat sepanjang masa.

Sepanjang anda melakukan proses detoks dengan jus buah dan sayur ini, anda perlu mengambil 4-6 gelas jus setiap hari. Anda boleh membuat jus tersebut dari pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Tomato

Tomato memiliki kandungan kalori dalam jumlah yang sangat rendah. Sudah tentulah ia sangat baik untuk anda yang sedang dalam program mengecilkan perut ataupun menurunkan berat badan.

Brokoli

Sayuran hijau satu ini sudah terkenal memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Rasa pahit yang terkandung di dalam brokoli akan membantu anda untuk meruntuhkan lemak dalam tubuh.Jadi, tidak hairan jika sayuran ini sangat baik untuk menurunkan berat badan.

Timun

Timun atau mentimun merupakan makanan yang boleh menguruskan badan. Timun mengandung 45 kalori dan jumlah air yang sangat banyak. Kombinasi keduanya mampu memberikan tenaga harian dan mengenyangkan perut sekaligus membuatkan anda berasa tidak cepat lapar.

Kubis Bunga

Kubis Bunga bagus untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh manusia. Ia mengandung vitamin C dan antioksidan kuat untuk menjaga tubuh anda daripada serangan penyakit. Selain itu, kandungan-kandungan dalam kubis bunga ini juga bagus untuk menurunkan berat badan.Di samping itu keluarga kubis bunga yang lainnya, kubis atau sawi putih juga termasuk dalam kategori menu makanan diet yang dapat menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram dalam seminggu.

Labu

Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman Serat dalam sebotol jus labu mampu menyembuhkan masalah penghadaman.

Limau Bali

Salah satu makanan yang sangat disarankan untuk menurunkan berat badan adalah limau Bali. Sebiji limau Bali mengandungi kalori sebanyak120 kalori yang akan menahan anda daripada rasa lapar.

Cranberry

Selain dapat mencegah infeksi saluran kencing, buah yang termasuk dalam keluarga berry ini ternyata juga memainkan peranan membuang racun dalam tubuh. Buah cranberry bersifat antibakteria, sehingga mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Avokado

Avokado merupakan buah yang kaya dengan antioksidan, termasuk glutation. Persenyawaan ini dapat membersihkan tubuh dengan mengeluarkan racun berbahaya yang ada dalam tubuh. Pengurangan racun dan bahan kimia yang ada dalam tubuh membuatkan tubuh anda jadi lebih sihat.

Limau Nipis

Limau nipis atau lemon mengandung vitamin dan antioksidan yang tinggi. Buah ini sangat efektif dalam melindungi hati serta mengusir bahan kimia yang ada dalam tubuh. Tambahkan perahan limau nipis ke dalam minuman seperti teh suam dan ambillah secara teratur demi menjaga kesihatan tubuh.

Kesimpulan

Penggunaan bahan-bahan tambahan seperti gula, karbohidrat serta lemak akan menghasilkan racun dan radikal bebas yang mengalir dalam darah tanpa anda sedari.Sebenarnya ada cara paling mudah untuk mengeluarkan racun tersebut, minumlah air putih, paling kurang 8 gelas sehari. Fungsinya untuk memaksimalkan kerja-kerja organ-organ tubuh sehingga racun akan keluar bersama air kencing.

<< Ketahui petua putihkan wajah dengan masker muka di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Baca! 6 Sebab Lelaki Gemuk Lebih “Awesome”

Next post

Ketahui Cara Betul Membersihkan Payudara

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *