Petua PemakananSihat

Cara Pantas Menghilangkan Stress

Cara Menghilangkan Stress - Woman Online Magazine

Kredit : timesupdate

Dalam kehidupan ini kita pasti tidak terlepas daripada sebuah masalah. Jadi, Anda Perlukan Cara Menghilangkan Stress Yang Berkesan.

Tahukah anda stress adalah penyebab utama orang menjadi gila! Untuk itu, anda mesti baca artikel cara menghilangkan stress ini sampai habis!Memilih makanan yang tepat bukan hanya menyihatkan tubuh tetapi juga boleh menghilangkan atau meredakan stress. Anda cuma perlu gabungkan aktiviti senaman serta kegiatan lain sehingga hidup anda terasa lebih bahagia.

 

Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda hindari. Ia merupakan salah satu cara menghilangkan stress yang mungkin selama ini tidak anda ketahui.

 

  1. Minuman Bertenaga

Ketika sedang stress,minuman bertenaga atau penambah energi wajar anda hindari. Ini adalah kerana ia mengandungi kadar kafein dan gula yang tinggi yang mana boleh memburukkan lagi keadaan stress yang sedang anda alami.

 

  1. Makanan Yang Manis

Biasanya ketika sedang stress aka nada keinginan untuk menikmati makanan yang manis.Namun, efek bahagia dan tenang hanya terjadi ketika anda menikmati makanan tersebut. Makanan manis boleh meningkatkan kadar insulin dan menaikkan gula darah sehingga merangsang nafsu anda untuk makan dan makan lagi. Setelah makanan habis, anda akan kembali dibebani stress!

 

  1. Makanan Olahan

Makanan olahan seperti sosej, nugget atau kerepek banyak mengandungi sodium, lemak dan zat aditif yang boleh meningkatkan stress. Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam dapat meningkatkan tingkat kortisol (hormon membawa stress) pada tubuh seseorang.

 

  1. Makanan Pedas

Ketika stress, sistem penghadaman tubuh akan terganggu. Situasi ini akan menjadi semakin parah apabila anda mengambil makanan pedas. Selain itu, ia juga akan mengeluarkan gas yang membuat perut anda berasa tidak selesa dan sakit perut bagi anda yang memiliki perut yang sensitif terhadap makanan pedas.

 

  1. Kopi

Segala apapun jenis kopi, seperti vanilla latte atau mocha yang mengandungi sirup manis dan espresso mempunyai efek yang sama untuk meningkatkan stress. Kopi tinggi dengan kafein akan membuat anda terus berjaga sehingga sukar untuk melelapkan mata.

<< Nak kurus? Ketahui makanan jenis rendah lemak di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Punca Rambut Cepat Beruban

Next post

1001 Keistimewaan Rumah PKNS

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. September 20, 2017 at 10:20 pm — Reply

    dekatkan diri dengan Allah pun boleh hilangkan stress 🙂

  2. Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh
    March 13, 2019 at 11:33 pm — Reply

    Stress ini datang dan pergi pada bila bila masa dan tak kira waktu. Menghindari makanan sahaja tidak semesti nya mengurangkan stress, ada cara lain yang lebih effective lagi. Cara cara ini perlu lah dipelajari sekali sahaja dan digunakan pada bila2 masa. Ianya sesuai bagi semua agama dan bangsa baik lelaki atau perempuan, tua atau muda.

    Dari
    Pakar stress dan kemarahan

    • May 4, 2019 at 11:14 am — Reply

      Terima kasih atas info yang dikongsi:)

Leave a Reply to Aliah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *