Petua PemakananSihat

Ketahui Jenis Buah-Buahan Yang Bagus Untuk Ibu Mengandung

Buah-Buahan Untuk Ibu Mengandung - woman online magazine

Kredit : indow

Mana-mana ibu mengandung seharusnya mengambil makanan yang berprotein dan banyak zat supaya bayi yang dikandung dapat dilahirkan dalam keadaan yang sihat.Pengambilan buah-buahan untuk ibu mengandung sangat penting terutama di awal kehamilan.

 

Berikut beberapa jenis buah-buahan yang bagus untuk ibu mengandung.Antaranya…

1. Anggur

Anggur hitam dan anggur merah sangat bagus dimakan oleh ibu mengandung. Ini adalah kerana buah anggur ini kaya dengan antioksidan yang boleh mencegah terjadinya kanser pada tubuh dan senyawa resveratrol dan polifenol untuk metabolisme tubuh

 

2. Epal

Tak kira epal hijau ataupun merah, kedua-duanya elok untuk ibu mengandung. Epal memiliki banyak nutrisi, salah satunya vitamin A. Bagi ibu mengandung, epal mampu mengatasi masalah diare atau sembelit. Kandungan nutrisi dan zatnya sangat diperlukan oleh tubuh ibu mengandung.

 

3. Buah Strawberry

Buah strawberry mengandungi vitamin C, vitamin K, vitamin B5,B6,magnesium dan juga omega 3. Buah ini sering dikaitkan untuk kecantikan kerana kandungan vitamin C yang menyegarkan kulit.Bagi ibu mengandung, strawberry berguna untuk membakar lemak makanan dalam tubuh, merangsang nafsu makan, mencegah kecacatan premature pada bayi serta mencegah kecacatan pada janin.

 

4. Kurma

Kurma mengandungi gula 60-70 peratus, terdapat kalium, zat besi dan vitamin B kompeks yang mampu mengatasi masalah kekejangan pada ibu mengandung dan memperkuatkan dinding rahim. Di samping itu juga, buah kurma sangat bagus di makan pada trimester terakhir kerana ia menjadi sumber energi untuk masa bersalin nanti.

 

5. Pisang

Buah pisang elok dimakan ketika hamil kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi, antaranya vitamin B6, asid folik dan vitamin C. Pisang mampu memenuhi kalori ibu hamil, dengan pengambilan dua biji pisang sehari, kalori ibu mengandung dapat dipenuhi. Selain itu, pisang juga menyokong energi ibu mengandung dalam bentuk lemak bebas dan membuatkan tubuh ibu mengandung tetap segar.Pengambilan pisang juga boleh melancarkan sistem penghadaman ibu mengandung, mencegah diare dan sembelit.

<< Ketahui jenis makanan untuk awet muda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Manfaat Facial Yang Perlu Anda Ketahui

Next post

Cara Mengatasi Jerawat Di Kepala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *