Petua PemakananSihat

Cara Mengatasi Masalah Sembelit Di Bulan Puasa

masalah sembelit - woman online magazine

Kredit Foto: mamaharraz

Masalah Sembelit. Salah satu gangguan kesihatan yang kerap menyerang orang yang sedang berpuasa adalah  masalah sembelit. Apatah lagi jika anda makan dalam keadaan yang terburu-buru ketika berbuka puasa.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa jenis buah dan makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit. Buah kurma paling disarankan sebagai menu utama atau pencuci mulut ketika bersahur dan berbuka puasa. Di dalam buah kurma terdapat kandungan gula gula glukosa dan fruktosa tinggi yang baik untuk memberikan energi pada tubuh seperti ke sel-sel otak, saraf, darah merah dan tulang belakang.

 

Baca Juga: Kebaikan Buah Kurma

 

Selain kurma, terdapat beberapa jenis buah dan minuman juga disarankan untuk dinikmati ketika berpuka puasa. Buah-buahan serta minuman tersebut dikatakan mampu membantu mempercepatkan proses penghadaman, mengatasi masalah sembelit, mencegah asid dalam perut dan menjaga tubuh daripada dehidrasi.

  1. Anggur

Buah anggur mampu mencegah masalah sembelit, gangguan penghadaman dan juga mengatasi kepenatan.Anggur kaya dengan vitamin A, C, B6 dan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, magnesium dan selenium.

 

  1. Epal

Buah epal kaya akan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Buah ini juga merangsang kesihatan usus besar. Jadi, pengambilan sebiji epal sehari akan membantu menjaga penghadaman agar tetap lancar.

 

  1. Tembikai

Buah ini mengandungi sampai 92 peratus air dan sarat dengan vitamin A, B6 dan C, nutrisi, antioksidan, asid amino, dan kalium, yang semuanya membantu menghidrasi tubuh.

 

  1. Oren

Buah oren cukup efektif dalam mengurangkan dehidrasi. Di dalma buah oren dipenuhi lebih dari 100 peratus vitamin C dengan sukatan harian yang disarankan.

 

  1. Strawberi

Biarpun buah strawberi tidak mengandungi vitamin C, namun ia mampu membersihkan arteri dan mengatur gula darah.

 

Baca Juga: Bahaya Suntik Vitamin C

 

  1. Lemon

Lemon mengandungi antiseptik yang baik dan menawarkan anti-racun bagi hati. Selain itu,lemon juga meningkatkan jumlah Ciaran di dalam tubuh sehingga mencegah dehidrasi.

 

  1. Mint

Daun mint yang segar elok untuk penghadaman. Tambahnya ke dalam minuman dan ia akan membantu masalah sembelit yang anda hadapi.

 

SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui 7 penyebab anda sukar buang air besar di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Tips Mencegah Bau Mulut Di Bulan Puasa

Next post

7 Petua Putihkan Muka

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *