Petua Pemakanan

9 Khasiat Bawang Bombay Yang Akan Buat Anda Tidak Menolak Untuk Memakannya

Bawang Bombay - Women Online Magazine

Bawang memiliki rasa pahit dan bau yang tidak menyenangkan, namun ia bukan menjadi alasan untuk menolak daripada menikmatinya!

Lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian khasiat dan mineral yang diperoleh daripada seulas bawang!Bawang Bombay adalah salah satu bahan dapur yang memberi citarasa dan aroma pada masakan.Jika anda tidak tahan dengan baunya, sebaiknya hindarilah memakan bawang bombay mentah-mentah. Sebaiknya olah bawang Bombay tersebut ke dalam suatu masakan. Secara tak langsung, rasa pahit yang dihasilkan akan berkurangan.

Bawang Bombay mengandungi vitamin C, vitamin E, kalsium, sodium, asid amino, mangan, allicin dan curcumin yang elok untuk kesihatan tubuh kita. Semak 10 khasiat Bawang Bombay yang perlu anda tahu.

  1. Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Bawang Bombay dikatakan mampu meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh anda sehingga dapat mengurangi risiko terkena penyakit kardiovaskular. Selain itu, bawang Bombay juga dapat mencegah penyempitan pembuluh darah manusia. Jadi, sebab itulah ia dapat mengurangkan risiko hipertensi.

  1. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh

Terdapat banyak sekali antioksidan di dalam Bawang Bombaty yang akan membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh serta menurunkan inflamasi. Jika daya ketahan tubuh kuat akan membantu anda terhindar daripada di serang pelbagai penyakit.

  1. Melancarkan Sistem Penghadaman

Serat adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bawang Bombay adalah sumber serat yang baik yang boleh anda makan ketika sedang berdiet. Serat ini dapat membantu melancarkan sistem penghadaman.

  1. Membantu Menjaga Fungsi Otak

Bawang bombay mengandung vitamin B kompleks yang dapat menutrisi otak sehingga dapat menjaga fungsi otak dengan baik.

  1. Melawan Kanser

Kandungan persenyawaan ‘sulfide’ yang terdapat di dalam Bawang Bombay mampu membantu melindungi tubuh daripada tumor atau sel kanser.

  1. Mengawal Kadar Gula

Bawang Bombay juga mengandung kromium iaitu mineral yang dapat membantu sel dalam merespons gerak kerja insulin dalam mengawal kadar gula darah di dalam tubuh.

  1. Membantu Menjaga Kesihatan Jantung

Setengah potong Bawang Bombay dikatakan dapat membantu menurunkan kolesterol jahat. Jadi, secara otomatik dengan rutin pengambilan Bawang Bombay akan dapat membantu menjaga kesihatan jantung.

  1. Mengubati Alergi

Kandungan persenyawaan ‘quercetin’ yang terdapat di dalam Bawang Bombay memiliki sifat anti radang, anti terhadap alergi.

  1. Mencegah Pemecahan Insulin Pada Organ Hati

Persenyawaan APDS (Allyl Propyl Disulphie) yang terkandung di dalam Bawang Bombay dapat membantu tubuh agar mengeluarkan insulin lebih banyak. Keadaan ini sagat baik bagi anda yang menderita diabetes.

Kredit foto: img.irtve.es

<< Ketahui kebaikan mayonis untuk kesihatan dan juga kecantikan tubuh di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mamee Hangatkan Kempen Raikan No.1 Mamee

Next post

Manfaat Daun Kari Lebih Daripada Itu. Bukan Sekadar Penyedap & Penambah Keharuman Masakan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *