Petua PemakananSihat

7 Jenis Buah Untuk Diet Sihat

jenis buah untuk diet - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Adakah anda mengamalkan gaya diet yang sihat ? Jom dapatkan tips mengenai diet sihat di sini..

Buah-buahan merupakan salah satu sumber energi dan nutrisi yang baik untuk  kesihatan tubuh.Terdapat beberapa jenis buah yang mempunyai kandungan serat tinggi dan rendah lemak serta tidak mengandungi kolesterol. Kandungan air dalam buah-buahan ini juga cukup banyak sehingga dapat membantu menjaga tahap cecair dalam tubuh.

Bagi anda yang sedang berdiet, terdapat beberapa jenis buah yang perlu anda masukkan dalam menu diet. Kandungan serat dan air dalam buah-buahan juga akan membantu menjaga rasa kenyang pada perut dengan lebih lama.

Antara buah untuk diet sihat adalah:

1.  Lemon

Buah ini mampu menurunkan berat badan. Tambahkan madu dan minumlah secara rutin, dapat membantu pembakaran lemak dalam tubuh serta membersihkan dan melancarkan sistem penghadaman tubuh.

2.  Kiwi

Kiwi kaya dengan serat dan vitamin C, yang boleh mengurangkan nafsu makan yang berlebihan.

3.  Epal

Buah epal kaya dengan serat dan pemanis semulajadi. Rasa manis dan kandungan air dalam buah epal akan mengundang rasa kenyang lebih lama pada perut.

4.  Pisang

Pisang mempunyai banyak pati larut yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam tubuh. Serat dalam buah pisang jua boleh menjadikan perut berasa kenyang lebih lama.

5.  Nanas

Merupakan salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Mengandungi 85% air, selebihnya terdiri daripada vitamin, serat, antioksidan dan mineral.

6.  Tembikai

Sama seperti nanas, buah tembikai tidak mengandungi lemak sama sekali. Kandungan air dalam buah ini lebih tinggi, sehingga berupaya untuk menstabilkan cecair dalam tubuh. Buah tembikai juga mengandungi vitamin A dan C serta mampu memberikan energi ekstra buat tubuh.

7.  Berry

Strawberi, blueberi dan semua ahli keluarga berry dapat melancarkan sistem penghadaman dan turut berperanan untuk mengurangi kolesterol tubuh serta boleh menurunkan berat badan.

<< Jom kenali khasiat limau nipis untuk diet di sini.. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Biskut Sarang Semut

Next post

Sepasang Kasut Crocs Buat Ayah Tersayang Sempena Hari Bapa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. June 11, 2014 at 2:21 pm — Reply

    […] itu. Cakap dan terangkan secara baik. Mulakan dengan makan buah kurma terlebih dahulu jika tiada buah-buahan pun boleh dijadikan permulaan yang baik sebelum berbuka makanan […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *