ProblemSihat

Petua Mujarab Hilangkan Sakit Kepala

Petua Hilangkan Sakit Kepala - Women Online Magazine

Apabila kepala anda sakit atau anda diserang migrain yang teruk, pastinya perkara pertama yang terlintas difikiran anda adalah panadol dan minyak kapak! Sakit kepala merupakan sakit yang berterusan di bahagian kepala dan pesakit akan terasa sakit yang berdenyut-denyut.

Sakit ini terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada kepala dan di belakang leher. Biasanya, stress dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Cara paling mudah untuk hilangkan sakit kepala pastinya dengan menelan panadol tetapi pengambilannya memang tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Jadi hari ini, team wom.my akan berkongsi petua-petua menghilangkan sakit kepala.

Petua Mujarab Hilangkan Sakit Kepala

  • Rendamkan Kaki

Isikan air suam di dalam besen yang bersaiz sederhana, masukkan kaki anda dan biarkan sehingga air itu sejuk.

Ambil sebiji epal hijau dan belah kepada dua bahagian. Rebuskan buah tadi bersama dua gelas air. Biarkan sehingga air rebusan itu kurang kepada segelas sahaja. Minum air rebusan epal itu tanpa menambah gula.

  • Lepaskan Ikatan Rambut

Ikatan yang terlalu rapat boleh membuatkan kulit kepala tegang dan berdenyut-denyut. Ini akan menyebabkan gangguan pada peredaran anda dan seterusnya menyebabkan sakit kepala bertambah.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan perahkan diatas kepala. Ramaskan rambut anda dan picitkan sekali kepala anda. Kulit limau tadi anda rendam kan di dalam air dan siram air rendaman kulit ilimau itu di seluruh bahagian kepala.

Potong nipis beberapa ulas bawang putih dan letakkan di bahagian tepi dahi anda. Biarkan beberapa jam sehingga sakit kepala anda surut.

Cuba tenangkan diri anda dengan suasana yang tenang dan pejamkan mata anda. Biasanya orang diserang sakit kepala sangat sensitive kepada bunyi, cahaya dan bau- bauan.

  • Daun Bunga Raya

Ambil daun bunga raya dan ramaskan bersama 3 gelas air. Rendamkan kepala anda selama ½ jam.

Makanan pedas dipercayai dapat memberi tindak balas kepada kepala yang sedang berdenyut-denyut seterusnya dapat melegakan sakit kepala.

Selain daripada petua yang WOM.my kongsikan ini, anda juga digalakkan mengamalkan beberapa bacaan Surah dan ayat A-Quran sebagai penawar dan ikhtiar untuk meredakan sakit kepala.

  • Surah Al-Fatihah.
  • Bacaan Ayat Kursi sebnyak 3 kali.
  • Surah al-Ikhlas.
  • Surah Al-Falaq.
  • Surah An-Nas.
  • Bacaan Surah Yassin ayat ke-58 sebanyak 3 kali.
  • Selawat keatas Nabi sebanyak 3 kali.

Selamat Mencuba! Moga-moga sakit kepala yang ada alami berkurangan dan segera sembuh.

Kredit foto: mirror.co.uk

<< Ketahui cara untuk menghilangkan panau di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nak Kulit Cantik, Bersih & Bebas Daki? Wajib Scrub Badan!

Next post

Ketahui Kebaikan Dan Keburukan Pengambilan Pil Hormon Buat Wanita & Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *