ProblemSihat

8 Petua Elak Mengantuk Paling Berkesan Ketika Di Ofis

women online magazine-tips elak ngantuk

Petua Elak Mengantuk.‎Adakah anda sering mengantuk di ofis?

Jika ya, sudah tentu situasi ini sangat menyeksakan. Apa yang pasti, mengantuk di ofis boleh membuatkan produktiviti jadi menurun. Jadi, disebabkan itulah, anda perlu mencari solusi untuk mengatasi masalah ini.Mengantuk di tempat kerja merupakan masalah yang besar dan anda tidak boleh membiarkannya menganggu aktiviti atau tugasan anda.

Apa yang perlu dibuat kalau dah mulai rasa mengantuk? 

Antaranya anda lakukan tindakan seperti di bawah:

1. Basuh Muka

Teknik ini juga berkesan dan selalunya di lakukan oleh lelaki kerana wanita kebanyakannya bersolek.

 

Baca Juga: Pembersih Muka Terbaik

 

2. Kalau Dah Masuk Waktu, Pergi Bersolat!

Tahukah anda solat merupakan salah satu senaman ringkas yang banyak memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.

 

3. Hampiri Kawasan Bercahaya

Pandanglah ke luar jendela. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.

 

4.Meletakkan Wangian Aroma Terapi/ Wangian Yang Sesuai Untuk Semua Rakan-Rakan Sepejabat

Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat anda agar wangian tersebut dapat merangsang anda untuk kembali segar. Antara bauan yang sesuai adalah dari jenis ‘mint’ atau ‘lemon’.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Lemon

 

5.Mendengar Muzik/ Radio

Teknik ini berkesan juga  kerana kalau ada  DJ radio itu mempunyai slot yang LAWAK dan tidak memboringkan, maka akan membuatkan suasana di ofis bertambah ceria.

 

6. Melihat Pohon Hijau Di Jendela Jika Ada

Sesekali pandang ke luar jendela dan nikmati pemandangan pohonan hijau kawasan persekitaran anda. Perkara ini dapat melegakan fikiran agar lebih menghargai alam semulajadi yang cantik dan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Rehat kan minda sekejap lepas itu, boleh sambung kerja balik.

 

Baca Juga: Diet Air Putih

 

7. Minum Air Kosong

Penting kerana badan sangat perlukan air yang cukup untuk bekerja untuk kita.

 

women online magazine-senaman regangan

8. Lakukan Senaman Ringkas

Lakukan sedikit pergerakan anggota badan, tangan, dan kaki. Elakkan dari duduk terlalu lama di atas kerusi, sebaiknya berjalan seketika sambil menghirup udara yang segar.

 

Nota Kaki: Semoga perkongsian ini boleh meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan anda. Sekarang tiada lagi rasa mengantuk di ofis kerana anda sudahpun mengetahui rahsia bagaimana untuk mengatasi rasa mengantuk. Jadi, SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang kuat mengantuk!

<< Jom baca entry 4 senaman mudah 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Baca! 6 Checklist Persiapan Kahwin

Next post

Merawat Bibir Hitam Akibat Penggunaan Lipstik Yang Salah Agar Kembali Cerah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. June 11, 2014 at 12:02 pm — Reply

    […] berpuasa tiba pula giliran ibu bapa menyiapkan diri. Biasalah bulan puasa mesti keletihan lebih dan mengantuk di tempat kerja tapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana hikmah berpuasa bukan bererti alasan untuk […]

  2. […] Pendek kata hampir semua orang sesuai untuk minum minuman HEBAT ini. Apatah lagi jika anda dah cuba macam-macam petua elak mengantuk. […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *