ProblemSihat

7 Penyebab Utama Susah Buang Air Besar

susah buang air besar - women online magazine

Foto: Sekadar hiasan.

Susah Buang Air Besar. Masalah susah buang air besar atau sembelit memang terasa cukup menyeksakan.

Apatah lagi, jika ia disertai dengan rasa perut yang tidak menyenangkan. Rasa seperti kembung dan keras semacam sahaja!Kenapa boleh jadi macam nie? Apakah yang menjadi penyebab anda susah buang air besar?

Sebenarnya, selain daripada kekurangan serat, ada beberapa lagi gangguan kesihatan yang boleh menyebabkan anda berhadapan dengan masalah susah buang air besar. Jom, semak!

 

7 Penyebab Anda Susah Buang Air Besar

1. Stress

Stress boleh menjadi punca yang boleh menganggu sistem penghadaman adna. Ini adalah kerana ketika anda stress atau kurang tidur, ia akan mempengaruhi kesihatan sisteman saraf ‘enteric’ anda yang berada di dalam usus dan membuatkan anda menjadi susah untuk buang air besar.

 

2. Mengandung

Kehamilan atau mengandung menjadi alasan umum kenapa seorang wanita itu susah buang air besar. Antara alasannya adalah disebabkan perubahan hormon, dan ditambah lagi dengan tekanan pada sistem ‘enteric’ dalam usus yang menganggu usus anda. Ketika mengandung, anda disarankan memperbanyakkan pengambilan serat.

 

Baca Juga: Jenis Buah-Buahan Bagus Untuk Wanita Mengandung

 

3. Perjalanan Jauh

Ketika anda melakukan perjalanan jauh atau berada di lokasi selain dari rumah anda, masalah susah buang air besar kerap terjadi. Ini adalah kerana perubahan kebiasaan dan pola makanan yang menyebabkan anda sukar buang air besar. Sebaiknya, bawalah bijirin gandum atau oatmeal ketika anda berjalan jauh.

 

4. Berhenti Bersenam

Ketika anda sudah mempunyai pola hidup yang sihat dengan waktu bersenam yang teratur, sebaiknya diteruskan. Ada kajian yang mengatakan, sembelit boleh terjadi kepada mereka yang telah menghentikan jadual bersenam yang teratur.

 

Baca Juga: Senaman Menghilangkan Lemak Di Perut

 

5. Penyakit Tiroid

Masalah tiroid juga boleh menjadi penyebab anda susah buang air besar. Ini adalah kerana tiroid mempunyai tugas untuk melepaskan hormon yang diperlukan untuk pelbagai proses kesihatan dalam tubuh termasuk sistem penghadaman. Tanpa hormon tersebut, usus anda akan lambat bekerja dan ia mempengaruhi proses pembuangan.

 

6. Dehidrasi

Air sangat penting untuk mengoptimumkan kesihatan tubuh termasuk juga dengan kesihatan penghadaman. Air mampu mendorong keluarnya segala kotoran dari usus. Selain daripada pengambilan serat, anda juga perlu menitikberatkan soal pengambilan air putih.

 

7. Masalah Kesihatan Kronik

Jika anda mengalami masalah susah buang air besar atau sembelit yang berterusan dan disertai dengan rasa sakit, ada baiknya anda membuat pemeriksaan doktor. Salah satu jenis penyakit yang mungkin anda hadapi ialah ‘irritable bowl syndrome’ yang menganggu kesihatan usus anda.

 

Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini.

<< Ketahui punca jeragat di muka di sini. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Koleksi Kasut Boot Terkini

Next post

3 Cara Mudah Meluruskan Rambut Keriting

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. November 27, 2014 at 12:22 am — Reply

    Info yang menarik… ingat wawa kat kawan baik masa kat sekolah dulu… bila semak, takde pula penyebab kat atas tu berlaku pada dia… mungkin dia kurang makan buah2an agaknya… sampai sekarang pun masih sama,… kesian betul… tapi sekarang dah bekerja, boleh la dia cuba pelbagai ikhtiar… wawa selalu makan betik aje jika sesekali masalah ni berlaku pada wawa….

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *