ProblemSihat

Penyebab Sakit Telinga Dan Cara Menyembuhkannya

Sakit Telinga - Woman Online Magazine

Kredit: sugarlanddentalspa

Sakit Telinga. Anda pernah mengalaminya? Jika, “ya” sudah pasti anda tahu bagaimana penderitaannya.

Tahap rasa sakit telinga yang ditanggung memang berbeza-beza pada setiap orang.Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.Begitu juga dengan penyebab sakit telinga, ia turut berbeza-beza.Sakit telinga adalah suatu bentuk rasa sakit, perit atau ketidakselesaan pada telinga. Sakit telinga boleh terjadi secara tiba-tiba atau perlahan-lahan.Sakit telinga pada orang dewasa mungkin disebabkan ada gangguan atau keadaan di bahagian tubuh lain yang melarat ke telinga. Ini disebabkan ada banyak saraf atau jaringan ikat yang saling berkait dengan struktur kepala dan leher. Sakit telinga ketika menelan sering disebakan kerana saluran ‘eustachius’ yang tersumbat, sakit tekak atau radang sinus.

Manakala sakit telinga pada kanak-kanak, kemungkinan besar di sebabkan oleh infeksi telinga tengah (otitis media). Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari suatu zat di telinga. Infeksi telinga tengah pada kanak-kanan sering disertai dengan infeksi saluran pernafasan seperti selsema.

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit telinga serta efek sampingan. Antaranya…

  1. Cecair yang terbentuk di dalam telinga adalah penyebab umum sakit telinga dan infeksi. Biasanya ia terjadi jauh di dalam gegendang telinga.
  2. Besar kemungkinan terdapat infeksi atau jangkitan di dalam saluran telinga.
  3. Boleh juga disebabkan bisul atau folikel rambut yang boleh terinfeksi di dalam lubang telinga.
  4. Tertusuk benda tajam atau cotton buds yang dijolok terlalu kasar, sehingga melukai saluran telinga.
  5. Kekotoran dalam telinga.
  6. Sakit-sakit sendi.
  7. Kerosakan gigi.
  8. Ketinggian atau perubahan tekanan.

 

Cara Merawat Sakit Telinga Secara Semulajadi

Untuk meredakan sakit telinga, anda boleh mencuba cara semulajadi ini.

 

  • Goyang-Goyangkan Telinga

Jika telinga anda sakit kerana seperti ada sesuatu di dalamnya, anda boleh menggoyangkan telinga anda.Perkara ini akan mengeluarkan benda yang menyebabkan sakit di telinga. Selain itu, apabila ada cecair yang tersumbat di telinga, ianya akan ikut keluar.

 

Minyak zaitun suam dikatakan sangat efektif untuk mengubati sakit telinga. Caranya sangat mudah, panaskan sekejap beberapa titis minyak zaitun. Masukkan ke dalam botol yang bersih dan berikan beberapa titis di dalam telinga yang terinfeksi.

 

  • Tuam Dengan Air Panas Suam

Air panas suam dapat mengurangkan rasa sakit telinga. Ternyata panas suam tersebut boleh mengurangkan rasa sakit. Begitu juga jika ada terjadinya pembengkakkan.

<< Ketahui penyebab sembelit dan cara untuk mengatasinya di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Baca! Info Menarik Tentang 5 Manfaat Lada Sulah

Next post

Revitalift Magic Blur Mampu Samarkan Garis-Garis Halus & Kesan Jerawat Di Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *