ProblemSihat

Ketahui Punca, Kejap-Kejap Anda Rasa Nak Kencing!

masalah kencing tidak lawas - women online magazine

Kredit Foto: angsarap

Masalah Kencing Tak Lawas.Pernah anda berasa seperti hendak membuang air kecil lagi walaupun baru sebentar tadi anda telah membuangnya?Sebenarnya itulah dipanggil kencing yang tidak lawas.

Adakalanya kencing yang tidak lawas atau puas ini menyebabkan anda terasa air kencing menitis tanpa disedari menyebabkan anda berasa tidak selesa dan was-was terutama ketika hendak mengerjakan ibadah solat. Masalah kencing tidak lawas ini boleh berlaku samada kepada kaum lelaki atau perempuan dan akan berterusan dan menjadi semakin buruk jika tidak mencegahnya daripada awal.

 

Baca Juga: Infeksi Saluran Kencing

 

Punca Masalah Kencing Tak Lawas

Terdapat banyak punca berkaitan masalah kencing tak lawas. Masalah ini hanya akan menyebabkan masalah kencing sementara dan mudah dirawat, tetapi ada juga kes lain yang lebih serius dan berterusan.

 

1. Proses Penuaan

Otot pundi kencing anda akan menjadi lebih lemah dan kencing tak lawas menjadi semakin kerap apabila usia anda meningkat.

 

Baca Juga: Rahsia Awet Muda

 

2. Kanser

Kanser prostat yang selalu berlaku kepada lelaki atau kanser pundi kencing yang terjadi samada pada lelaki atau wanita, boleh menyebabkan lemah kawalan kencing. Terdapat kes dimana rawatan kanser akan menyebabkan kencing tak lawas sebagai kesan sampingan. Selain itu,jika anda mempunyai penyakit batu karang,ia juga menjadi punca masalah kencing tidak lawas.

 

3. Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal seperti bersenam,ataupun batuk, bersin, malah ketawa boleh juga menyumbang kepada masalah kencing tidak lawas. Aktiviti ini telah menyebabkan ‘otot sfinkter’, yang berperanan menakung air kencing anda dalam pundi kencing menjadi lemah dan melepaskan air kencing secara tak sengaja. Selain itu,terdapat juga keadaan yang menjadi punca masalah kencing tidak lawas ini. Gaya hidup seperti minum minuman beralkohol, minuman yang mengandungi kafein, atau terlalu banyak air kencing boleh menyebabkan kehilangan sementara kawalan kencing. Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah, penenang otot, sedatif, dan beberapa ubat-ubatan jantung juga boleh membawa kepada masalah kencing tidak lawas.

 

Anda dinasihatkan mendapatkan rawatan segera daripada doktor sekiranya anda mempunyai gejala berikut:

  • Masalah bercakap atau berjalan.
  • Kelemahan atau ‘kesemutan’ di mana-mana bahagian badan anda.
  • Hilang penglihatan.
  • Hilang kesedaran.

Petua Melawaskan Kencing

1. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

 

Baca Juga: Khasiat Daun Sirih

 

2. Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ia dapat menyembuhkan rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan juga dapat menyejukkan badan.

3. Ambilkan air basuhan beras yang terakhir,kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas. Minumlah air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

4. Ambil sebiji nenas yang kurang masak,kupaskan kulitnya,bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kemudian ambil 2 potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama 2 gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

5. Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada urine yang tertinggal.

6. Anda boleh buat squat jump, iaitu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini bertujuan memperkuatkan otot-otot punggung.

7. Perbanyakkan senaman berjalan kaki.

8. Pastikan anda mengambil zat yang mencukupi dan sempurna untuk tubuh.

 

<< Ketahui 7 penyebab yang membuatkan anda susah membuang air besar di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom, Bela Kucing Parsi!

Next post

5 Cara Terbaik Mengatasi Tekanan Perasaan Yang Dialami

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

4 Comments

  1. […] juga membantu penghadaman, melancarkan kencing yang tak lawas dan melancarkan keluarnya darah […]

  2. August 22, 2015 at 4:56 pm — Reply

    Air barli tue memaang mujarab kan.
    Saya selalu amalkan air rebusan barli.
    Tapi untuk wanita, kencing tak lawas boleh bawa banyak faktor kan. Kena peka dengan perubahan badan.

    • August 23, 2015 at 3:28 pm — Reply

      Air bali memang banyak khasiatnya.. sebagai wanita, memang kena alert dengan perubahan tubuh. Lebih-lebih lagi apabila usia semakin bertambah 🙂

  3. August 27, 2015 at 4:10 pm — Reply

    Masalah kencing tak lawas petanda kanser prostat .Jangan biarkan masalah anda menjadi lebih kronik.
    Alhamdulillah Tuhan dah beri jalan kepada tuan/puan untuk selesaikannya.

Leave a Reply to Azeni Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *