ProblemSihat

Ketahui Penyebab Badan Anda Kurus

penyebab kurus - woman online magazine

Kredit : images1

Mempunyai badan yang kurus atau keding boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Tambahan pula, mempunyai bentuk tubuh ideal merupakan impian ramai wanita.Jika anda berhadapan dengan masalah kekurangan berat badan, anda tidak boleh berputus asa. Anda perlu tahu penyebab badan anda kurus.

Berikut beberapa perkara yang dikatakan menjadi penyebab mengapa badan anda kurus.

  1. Faktor Genetik

Setiap orang memiliki gen di setiap sel yang ada pada tubuhnya. Gen merupakan penentu sifat yang diturunkan daripada kedua ibubapa, sama ada yang resesif ataupun dominan. Ia juga termasuk posture tubuh yang boleh dipengaruhi oleh genetik. Kurus juga boleh berpunca dari genetik yang diturunkan oleh kedua ibubapa. Sekiranya ibu dan bapa anda tidak kurus, mungkin nenek atau saudara mara yang dekat anda ada yang kurus. Itulah yang dinamakan gen yang resesif.

 

  1. Kekurangan Zat

Kekurangan pengambilan zat juga boleh menyebabkan badan kurus. Ini adalah kerana tubuh tidak mendapatkan zat yang sesuai. Contohnya, pola makan yang tidak teratur dan jarang mengambil makanan yang sihat serta sempurna seperti telur, sayur-suyuran dan susu.

 

  1. Kurang Minum Air Putih

Air merupakan salah satu yang penting bagi manusia kerana sebahagian besar penyusunan tubuh manusia adalah molekul air. Mempunyai badan yang kurus juga boleh disebabkan kerana anda kurang minum air putih. Situasi ini menyebabkan sistem penghadaman anda mengalami gangguan.Minum air secukupnya.Sebaiknya anda utamakan minum air putih dibandingkan dengan air lainnya. Ini adalah kerana air putih kaya dengan mineral berbeza dengan air lainnya yang sudah banyak mengandungi bahan kimia dan tidak baik untuk tubuh kita.

 

  1. Terlalu Banyak Berfikir Dan Stress

Terlalu banyak berfikir juga akan mengakibatkan stress. Berfikir membuatkan anda mengeluarkan tenaga, jika anda terus berfikir dan tidak diimbangi makan dan istirahat yang seimbang maka akan terjadi pergolakan lemak dan protein di tubuh. Pergolakan itulah yang membuatkan otot anda jadi mengecil atau mengurus.

 

  1. Kurang Istirahat

Supaya seluruh anggota tubuh dapat bekerja secara menyeluruh anda perlu seimbangkannya dengan melakukan aktiviti, makan dan beristirahat. Jika tidak, gangguan dalam tubuh akan berlaku. Masalah ini biasanya terjadi pada mereka yang sering bekerja tidak tentu masa sehingga menganggu waktu tidur yang sepatutnya.

 

  1. Jarang Bersenam

Ramai yang kurang menitikberatkan soal bersenam, sedangkan ia sangat berguna untuk menjaga kesihatan tubuh. Anda yang kurang bersenam membuatkan tubuhnya mudah diserang penyakit sehingga menyebabkannya menjadi kurus.

<< Ketahui rahsia dapatkan perut rata dalam tempoh 20 hari di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Treadmill Berguna Untuk Hilangkan Lemak Di Perut, Paha Dan Lengan

Next post

Kenali Tanda-Tanda Anda Ada Migraine

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *