Semak 7 Petanda Anda Telah Terkena Penyakit Anemia
Kredit : healthtap
Penyakit anemia adalah di mana jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglomin(protein yang membawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah tahap normal.Sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang membawa oksigen dari paru-paru dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh. Penyakit anemia menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen dalam jumlah yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.
Berikut adalah beberapa petanda anda menghidap penyakit anemia (kurang darah).
- Sering Penat
Jika anda sering berasa penat sepanjang masa selama sebulan atau lebih, boleh jadi anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah. Kemasukkan energi tubuh bergantung pada oksigen dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah, tahap oksigen dalam tubuh pun turut berkurangan.
- Kelopak Mata Pucat
Tanda-tanda penyakit anemia ini mudah dikesan dengan melihat mata. Cuba regangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika anda melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat, ia merupakan salah satu petanda anda telah mendapat penyakit anemia.
- Kerap Sakit Kepala
Orang yang mengalami penyakit anemia sering mengeluh sakit kepala secara berterusan. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Perkara inilah yang sering menyebabkan sakit kepala.
- Sering Terasa Mual
Anda yang menderita penyakit anemia seringkali mengalami gejala ‘morning sickness’ setelah mereka bangun dari tempat tidur.
- Sesak Nafas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tahap oksigen dalam tubuh. Perkara ini membuat anda yang menghidap penyakit anemia sering berasa sesak nafas atau sering terasa mengah ketika melakukan aktiviti seharian walaupun sekadar berjalan kaki!
- Hujung Jari Pucat
Cuba tekan hujung jari anda, kawasan itu akan berubah menjadi merah. Tetapi, jika anda menghidap penyakit anemia, hujung jari anda akan menjadi putih dan pucat.
Cara Mencegah Penyakit Anemia:
Anda boleh menghindari penyakit anemia dengan makan makanan sihat yang banyak mengandungi:
Sumber terbaik zat besi adalah daging, kacang, sayuran berwarna hijau tua dan buah-buahan yang telah dikeringkan.
Asid folic boleh diperoleh daripada oren, pisang, sayuran berdaun hijau tua,kacang-kacangan, bijirin dan pasta.
- Vitamin B-12
Vitamin ini banyak terdapat pada daging dan produk susu yang membantu pembentukan sel darah merah, meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengurangkan risiko terhadap stroke.
Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Makanan yang mengandung vitamin C antara lain oren, melon dan buah beri.
<< Ketahui punca badan anda menjadi lemah di pagi hari di sini.
No Comment