KewanitaanSihat

4 Jenis Masker Yang Boleh Buat Payudara Cantik Dan Seksi

payudara cantik - woman online magazine

Kredit Foto : themastercleanse

Payudara Cantik. Sebagai wanita sudah pasti anda mahu memiliki payudara yang cantik dan seksi.

Tambahan pula, payudara adalah salah satu aset paling penting dan berharga buat wanita. Salah satu lambang kecantikan wanita itu sendiri.Payudara yang sihat dan montok akan membuatkan wanita berasa lebih yakin dan bahagia dalam kehidupannya.

Apatah lagi, buat wanita yang sudah berkahwin, sudah pasti anda akan berasa bangga dan lebih berkeyakinan di depan suami tercinta. Sebenarnya tidak susah untuk membuatkan payudara anda sentiasa cantik dan sihat.

Selain rajin bersenam, menjaga berat badan, pengambilan makanan yang sihat dan pemakaian bra atau coli yang tepat, anda juga boleh mendapatkan payudara cantik dengan mengurut payudara dengan lembut menggunakan masker payudara.

 

Baca Juga: Cara Betul Membersihkan Payudara

 

Anda boleh memiliki payudara cantik dengan cara yang mudah, murah  dan tidak ada kesan sampingan ini dengan membuat sendiri masker payudara ini.

 

Berikut adalah cara membuat masker payudara buatan sendiri. Selamat mencuba!

 

1. Masker Campuran Oat,Yogurt ,Timun & Madu

Ambil segenggam oat atau oatmeal,2 sudu besar yogurt,sebiji timun dan 2 sudu besar madu. Campurkan kesemua bahan tersebut dan kisar menggunakan blender sehingga membentuk seperti skrub atau masker.

Kemudian sapukan adunan tersebut ke seluruh bahagian payudara secara merata dan menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, apabila sudah kering bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.

 

2. Masker Timun, Lemon,Mint Dan Madu

1 biji timun(dikisar halus), 1 biji lemon (ambil perahan airnya sahaja), segenggam daun mint (dikisar halus) dan 1 sudu besar madu. Campurkan timun, lemon, mint dan madu yang telah menjadi masker itu secara merata di seluruh payudara. Biarkan selama 15-20 minit, setelah kering barulah dibersihkan dengan air sejuk sehingga bersih.

Masker semulajadi timun ini berkhasiat untuk menegangkan payudara serta menjaga kesihata kulit payudara agar sentiasa nampak cantik dan segar.

 

Baca Juga: Khasiat Mentimun

 

3. Masker Avokado,Timun Jepun, Tomato & Madu

Avokado mempunyai kandungan yang sangat baik untuk kuulit kerana kandungan vitamin E yang tinggi. Avokado juga mempunyai khasiat untuk menjadikan payudara anda cantik dan kenyal.

Ambil ½ biji avocado,1/2 tomato,1/2 timun Jepun, masukkan ke dalam blender dan tambahkan dua sudu makan madu. Kisar dan gaulnya hingga sebati. Setelah itu, sapukan masker tersebut ke seluruh bahagian paydara secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, dan bilas dengan air suam hingga bersih dan basuh kembali dengan air sejuk.

 

4. Masker Minyak Zaitun, Putih Telur & Yogurt

½ sudu besar minyak zaitun, sebiji putih telur, 2 sudu besar yogurt. Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk. Kacau dengan garpu sehingga putih telur tersebut mengembang sedikit.

Gunakan sebagai masker di kulit payudara.Kemudian pakailah bra agak ketat sedikit supaya masker tersebut dapat meresap dengan baik. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas dengan air panas sampai bersih.

 

Baca Juga: Kebaikan Putih Telur

 

Setelah itu urut payudara dengan menggunakan sedikit minyak zaitun. Proses ini sebaiknya dilakukan pada malam hari agar anda boleh tidur tanpa perlu membilas minyak zaitun tersebut.Lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Payudara cantik, tegang serta kenyal bakal menjadi milik anda.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ketahui cara mudah untuk membuat masker rambut di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam Malam

Next post

5 Cara Bangkitkan Semangat Yang Hilang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *