ProblemSihat

Kita Boleh Mendapat Kanser Dengan Mencukur Bulu Ketiak?

mencukur bulu ketiak - woman online magazine

Kredit : nashata

Mengapa kaum wanita memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser payudara berbanding dengan kaum lelaki. Salah satu penyebabnya adalah kerana wanita sering mencukur bulu ketiaknya, sedangkan lelaki biasanya akan membiarkan bulu ketiak mereka tumbuh begitu sahaja.

Hubungan antara kanser payudara dan mencukur bulu ketiak diambil kira melalui kaji selidik terhadap wanita di Amerika Syarikat dan Eropah selama 10 tahun yang lalu. Dikatakan wanita yang sering mencukur bulu ketiaknya ternyata 10 kali ganda berisiko terkena kanser payudara dibandingkan dengan mereka yang membiarkan bulu ketiaknya tumbuh.

Ketika mencukur bulu ketiak, tanpa disedari akan muncul luka-luka yang tidak nampak serta pori-pori yang akan membesar pada ketiak. Kemungkinan racun dan zat kimia dari pelbagai produk seperti deodoran, bedak dan krim akan mudah masuk ke dalam kulit. Racun yang masuk itu kemudiannya akan berkumpul pada payudara dan selanjutnya boleh mengakibatkan kanser.

Bulu ketiak berguna untuk melindungi ketiak dari zat racun yang akan masuk dari luar tubuh. Pada ketiak terdapat kelenjar limfa yang memudahkan pengaliran racun dari luar tubuh ke bahagian dalam tubuh, terutama ke payudara. Pengaliran racun tersebut ke bahagian tubuh lain juga boleh terjadi dan ketiadaan bulu ketiak turut memudahkan pertumbuhan kanser di bahagian tubuh lainnya seperti paru-paru, jantung serta otak, dan yang terutama adalah payudara.

Pada wanita yang kurang menjaga kebersihan ketiak, ketiadaan bulu ketiak ini akan menyebabkan bakteria dan kuman tertimbun di pori-pori kulit dan memudahkan timbulnya bisul pada ketiak.Setiap rambut yang tumbuh pada tubuh kita sebenarnya berperan untuk menjaga organ vital yang berdekatan dengannya. Namun, ramai wanita yang membuang bulu ketiaknya kerana alasan trend atau mode, padahal di ketiak terdapat organ yang sangat vital, iaitu payudara. Berdasarkan kajian tersebut, kaum lelaki terbukti jauh lebih selamat daripada terkena kanser payudara.

Selain dengan cara mencukur, menghilangkan bulu ketiak dapat dilakukan dengan cara ‘waxes’ atau dengan cara mencabutnya. Membuang bulu ketiak dengan cara mencukurnya adalah cara yang paling berbahaya kerana kemungkinan timbulnya luka pada ketiak akan menjadi lebih besar. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini masih belum dapat dipastikan. Apapun… baik kita berhati-hati!

<< Ketahui cara berkesan untuk hilangkan bulu ketiak di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Khasiat Labu Yang Sungguh Luar Biasa

Next post

Ada Sebab Mengapa Anda Perlu Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Sebelum Kahwin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *