ProblemSihat

Ketahui Cara Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur

Tidur Berdengkur - woman online magazine

Kredit : bodychek

Anda Tidur Berdengkur? Jom, ketahui cara untuk mengatasi masalah ini.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan anda tidur berdengkur.Antaranya disebabkan oleh faktor umur, masalah kesihatan, jenis makanan yang diambil, posisi tidur dan banyak lagi.

Berikut beberapa cara mudah untuk anda cuba bagi mengatasi masalah tidur berdengkur tersebut.

 

  1. Turunkan Berat Badan Anda

Walaupun dengan sedikit anda mengurangkan jaringan lemak yang ada di bahagian belakang tengkuk, ternyata ia boleh membantu mengurangkan dan boleh menghentikan dengkuran ketika anda tidur. Menurunkan berat badan boleh dilakukan dengan cara paling mudah iaitu melakukan senaman secara teratur serta diet sihat.

 

  1. Berhenti Merokok

Anda yang merokok biasanya lebih mudah tidur berdengkur.Penyempitan saluran udara berlaku disebabkan iritasi selaput di hidung dan tengkuk.

 

  1. Bersenam

Bersenam memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh seperti bahagian lengan, kaki, perut serta juga boleh menguatkan otot pada tengkuk.

 

  1. Tidur Mengiring

Disebabkan lidah dan jaring lunak pada mulut semakin menuju ke dalam yang menyebabkan tersumbatnya pengaliran udara yang dihirup jika tidur dalam posisi terlentang. Jadi, cuba ubah kebiasaan tersebut dengan posisi tidur mengiring bagi mengatasi masalah tidur berdengkur ini.

 

  1. Elakkan Hidung Agar Tidak Tersumbat

Hidung yang tersumbat tentunya akan menyebabkan proses penghirupan udara akan menjadi lebih sukar.Untuk mengatasi masalah hidung tersumbat anda boleh cuba dengan menghirup wap air panas, berkumur dengan air garam dan menghirup bau minyak kayu putih.

<< Ketahui bahaya yang menanti apabila anda makan malam sebelum tidur di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Harus Tahu! Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Next post

Ketahui 8 Tanda Anda Memang Terkena Dehidrasi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *