ProblemSihat

Masalah Gigi Busuk & Cara Mencegahnya

Gigi Busuk - Women Online Magazine

Pernahkah anda berasa seperti ada seseorang yang mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda atau menutup hidung dan mulut bila berbicara dengan anda.

Atau juga, ada seseorang pernah mengatakan mulut anda yang berbau atau memberikan anda gula-gula pudina? Jika ya,ini bermakna anda mengalami masalah bau nafas yang berpunca daripada gigi busuk.

Mesti ramai yang mengalami masalah gigi busuk sehingga menyebabkan nafas berbau,tetapi kebanyakkannya malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Malah,ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka.

Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Risau juga sekiranya orang mula menjauhkan diri daripada kita.

Punca Gigi Busuk

Punca utama masalah gigi busuk sehingga menyebabkan nafas anda berbau adalah berpunca dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Akibatnya,bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur menyebabkan bau busuk.

Kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.

  • Kekurangan Air Liur

Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung ia akan membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur,rembesan air liur adalah kurang dan itulah puncanya anda mendapati bau mulut kurang enak apabila bangun dari tidur.

 

Cara Mencegah Gigi Busuk

Cara mencegah masalah nafas berbau yang berpunca dari gigi busuk adalah seperti berikut:

Anda haruslah rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul. Amalkan memberus gigi sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang dan busuk. dan mulut antum berbau.

  • Jangan Lupa Bersihkan Lidah

Seringkali ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi. Lidah mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria dan jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau. Oleh itu,pastikan berus gigi anda mempunyai pembersih lidah.

Masalah gigi berbau boleh dicegah dengan cara makan makanan yang banyak mengandungi Vitamin E dan C contohnya yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu,makanlah makanan yang sihat dan sedikit keras seperti cornflakes, kekacang dan buah epal ketika sarapan kerana makanan yang agak keras dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang.

  • Mengunyah Gula-Gula Getah Tanpa Gula

Amalkan juga mengunyah gula-gula getah tanpa gula sekiranya anda tidak dapat memberus gigi selepas makan. Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah gigi busuk dan nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak.

 

Petua Tradisional Mengatasi Masalah Gigi Busuk

Tumbuk tiga ulas bawang putih dan lima kuntum bunga cengkih sampai lumat. Kemudian kedua adunan itu hendaklah dimakan dua kali sehari, iaitu pada waktu malam sebelum tidur dan juga pada sebelah pagi.

  • Bunga Cengkih

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah gigi busuk ialah dengan mengunyah dan mengemam dua atau tiga kuntum bunga cengkih. Lakukan beberapa kali dalam sehari. Pastikan anda menelan airnya. Di samping menghilangkan bau busuk mulut, ia juga dapat mewangikan bau mulut.

  • Bunga Kenanga

Ambil lima atau enam kuntum bunga kenanga yang sedang kembang dan masih segar dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang berisi segelas air bersih. Kemudian,ramaskan bunga tersebut hingga hancur dan biarkan selama satu jam. Setelah itu,tapiskan air tersebut dan minum. Amalkan petua ini dua kali sehari.

Ambil sebuah mangkuk berisi air bersih dan ramaskan daun sirih yang masih baru dan hijau hingga hancur. Kemudian,tapiskan air tersebut dan gunakan untuk berkumur. Lakukan dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tidur.

  • Garam Dan Limau

Garam akan membunuh bakteria di dalam mulut anda dan membantu menyembuhkan sebarang penyakit gusi. Ambil sesudu besar garam halus dan masukkan ke dalam sebuah cawan yang berisi air suam dan kacau hingga hancur. Gunakan air ini untuk tujuan berkumur dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan campuran garam bersama limau dan kumur mulut anda sebelum tidur.

  • Baking Soda

Baking soda juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah gigi busuk kerana tahap asidnya yang tinggi dapat menghalang bakteria daripada berlaku di atas lidah anda. Oleh itu,beruslah gigi anda dengan ubat gigi yang mengandungi serbuk penaik(baking soda) atau juga berus gigi anda dengan menggunakan baking soda selepas menggunakan ubat gigi biasa.

  • Daun Mint dan Biji Bunga Matahari

Kunyah biji bunga matahari selepas makan dan minum air untuk membantu membersihkan mulut anda. Jangan lupa juga untuk mengunyah daun pudina supaya mulut anda berbau segar.

Anda juga boleh berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut sekiranya masalah gigi busuk ini tidak selesai.

Kredit foto: dentalstudio101.com

<< Ketahui punca gusi berdarah di sini.

Previous post

Besarkan Payudara Dengan Khasiat Minyak Bijan

Next post

Petua Berkesan Hilangkan Mata Bengkak @ Sembab Di Pagi Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *