KewanitaanSihat

Kenali 4 Punca Keputihan

masalah keputihan - woman online magazine

Kredit : sheknows

Masalah keputihan boleh terjadi pada semua wanita, khususnya wanita yang yang sudah datang haid.Keputihan bukanlah suatu penyakit, tetapi merupakan petanda ada yang tidak kena di dalam organ reproduksi wanita.

Keputihan berupa cecair yang terbentuk daripada sel-sel yang telah mati dan keluar dari alat reproduksi membawa bakteria. Jika keputihan yang anda alami itu normal, ia tidak disertai dengan rasa gatal, sakit mahupun rasa seperti ‘pijar’ dan akan sembuh dengan sendirinya. Sekiranya keputihan tersebut keluar banyak daripada kebiasaannya, berbau busuk dan disertai rasa gatal yang amat sangat, sakit serta ‘pijar’, anda perlu merawatnya.

Banyak perkara yang menjadi faktor ataupun punca keputihan ini. Selain daripada disebabkan oleh bakteria, kulat, kuman, penyakit menular seksual dan lain-lain lagi, makanan yang kita makan pada setiap hari juga boleh menjadi punca keputihan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi punca keputihan pada wanita dan anda perlu mengubah pola pemakanan tersebut. Cuba hindarinya dengan sebaik mungkin.Akibat daripada makanan tersebut makan cecair yang keluar juga akan berlebihan.

 

Berikut 4 jenis makanan yang boleh menjadi punca keputihan:

  1. Makanan Yang Mengandungi Kadar Gula Tinggi

Ada di antara kita yang mungkin suka sangat dengan jenis makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.Makanan dan minuman yang manis serta diambil secara berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan kulat ‘Candida Albicans’ lebih cepat membiak.Kulat yang tumbuh itu akan menimbulkan peningkatan asid di dalam organ intim  yang mana pada akhirnya akan mengganggu kesihatan di bahagian tersebut sehingga anda lebih mudah mengalami keputihan yang disertai rasa gatal di bahagian vagina.

Jika anda menggemari makanan yang manis, sebaiknya jangan makan sekaligus.Nikmatinya secara berperingkat dan dimakan dengan perlahan-lahan kerana ia akan membantu menghindari terjadinya peningkatan gula darah yang boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan keputihan pada wanita.

 

  1. Makanan Yang Mengandungi Ragi

Jenis  makanan yang mengandungi ragi ini juga boleh menjadi salah satu punca menyebabkan keputihan.Cara menghilangkan keputihan secara semulajadi adalah dengan menghindari jenis makanan mengandungi ragi seperti keju, tapai dan pasta tomato.

 

Baca Juga: Cara Atasi Keputihan 

 

  1. Makanan Yang Diperbuat Dari Tepung

Makanan yang mengandungi tepung merupakan salah satu jenis bentuk karbohidrat dengan kandungan gula yang ada di dalamnya. Anda boleh mengganti pengambilan makanan yang mengandungi gula dengan memakan makanan seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan kacang-kacangan yang tidak mengandungi tepung. Jika masalah keputihan anda sudah berkurangan, anda boleh meningkatkan pengambilan karbohidratt, namun diambil secara berperingkat-peringkat.

 

4.  Buah- Buahan Yang Terlalu Manis

Buah-buahan memang bagus untuk kesihatan tubuh anda, tetapi sebaiknya pilihlah jenis buah yang mengandungi kadar gula yang rendah.Selain itu, hindari juga pengambilan buah-buahan kering kerana ia boleh menjadi punca keputihan. Buah yang sudah dikeringkan akan mengandungi banyak gula fruktosa yang sangat tinggi di dalamnya.

 

Kesimpulan

Untuk menghindari masalah keputihan ini, aturlah jumlah jenis makanan karbohidrat dan jenis makanan yang mengandungi gula yang anda ambil. Antara makanan yang elok anda ambil ketika mengalami keputihan ini ialah jenis makanan yang direbus atau ditumus dengan pelbagai kombinasi jenis sayuran hijau. Bawang putih bagus dimakan untuk memberikan daya ketahanan tubuh terhadap kulat yang menjadi  antara punca keputihan tersebut.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ingin vagina anda yang terasa longgar kembali rapat? Baca di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Yang Cukup Stailo

Next post

7 Cara Terbaik Untuk Elak Punca Anda Suami Isteri Bergaduh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *