DietSihat

Harus Cuba! Tingkatkan Metabolisme Tubuh Boleh Kurangkan Berat Badan Anda

Cara Kurangkan Berat Badan - Women Online Magazine

Foto: magazine

Jika anda ingin menurunkan berat badan, cara terbaik untuk mencapainya adalah melalui kombinasi makanan dan senaman yang baik.

Selain itu, ada cara lain untuk menurunkan berat badan iaitu dengan meningkatkan metabolisme tubuh.Metabolisme bertanggungjawab untuk membakar kalori tubuh yang digunakan sebagai bahan bakar. Bahan bakar (kalori) ini diubah menjadi energi dan setiap kelebihan kalori akan disimpan sebagai lemak.Makan dengan cara yang betul, melakukan senaman dan meningkatkan metabolisme akan membantu anda menurunkan berat badan.Berikut beberapa tips yang boleh membantu anda menurunkan berat badan secara sihat.

  1. Sarapan dengan jumlah sedikit dan buatlah jadual makan enam kali sehari dengan jumlah yang sedikit

Makan secara teratur akan membantu untuk menjaga metabolisme pembakaran kalori sepanjang hari. Bahagikan waktu makan anda menjadi enam jumlah yang kecil dan pastikan sayu-sayurran dan buah-buahan memenuhi pinggan anda!Ketika penghadaman, makanan tertentu menggunakan kalori lebih banyak daripada kalori yang dikandungnya. Seledri, mentimun, lobak merah, bunga kubis, bawang, epal strawberi dan limau merupakan beberapa contoh makanan tersebut.

  1. Lakukan senaman secara teratur

Anda perlu meningkatkan denyutan jantung di atas paras normal. Berbicaralah dengan seseorang yang pakar tentang kesihatan, jika memerlukan bantuan untuk mengira zon target peribadi anda. Disarankan untuk melakukan senaman paling kurang, tiga kali seminggu, minimum 30 minit setiapkali anda bersenam. Tetapi, jika anda ingin membakar lemak atau kalori yang lebih banyak, anda perlu menggandakan waktu senaman tersebut. Aktiviti  kardiovaskular seperti jogging dan berenang sangat bagus untuk membakar kalori.

  1. Kurangkan karbohidrat dan perbanyakkan pengambilan protein.

Tubuh memerlukan waktu lebih banyak untuk memproses karbohidrat kompleks. Karbohidrat akan dipecah menjadi gula,dan ketika tidak digunakan sebagai bahan bakar, maka akan diubah menjadi lemak.Untuk protein, tubuh akan mengubahnya menjadi otot jika diambil dalam jumlah sepatutnya dan diimbangi dengan senaman yang tepat.

  1. Banyakkan minum air putih dan kurangkan minuman manis

Air putih boleh membuatkan anda berasa kenyang untuk sementara waktu. Minum air putih akan membantu anda untuk makan lebih sedikit pada saat makan.Sedangkan pengambilan gula dan garam hanya akan merangsang nafsu makan, sehingga membuatkan anda ingin makan dengan lebih banyak.

  1. Tukarlah kopi dengan teh hijau

Teh hijau diyakini dapat membantu tubuh membakar kalori lebih banyak dengan merangsang metabolisme tubuh.

  1. Dengarkan nyanyian di perut anda

Makanlah secara perlahan-lahan dan pada ketika perut anda mulai berasa kenyang, berhentilah makan. Otak akan secara otomatik akan mengirim sinyal ke perut, ketika anda  mengambil jumlah makanan yang tepat.

  1. Realistik

Target penurunan berat badan yang sihat adalah 2kg per minggu. Jika melebihi jumlah tersebut maka anda akan kehilangan air dan membakar jaringan otot, bukan lemak!

Kesimpulan

Ubahlah gaya hidup anda menjadi lebih sihat untuk mencapai tujuan jangka panjang penurunan berat badan yang anda harapkan. Selamat mencuba!

<< Ketahui cara diet mudah untuk menguruskan badan di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cuka Epal Bantu Turun & Kawal Berat Badan Dengan Lebih Mudah, Selamat Serta Berkesan

Next post

Kebaikan Sebenar Vitamin K Buat Tubuh Manusia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *