ProblemSihat

Ketahui Punca Kelenjar Tiroid

Kelenjar tiroid - women online magazineTiroid adalah kelenjar endokrin besar yang terletak di pangkal leher bahagian depan, di bawah lapisan kulit dan otot.

Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu dengan dua sayap yang merupakan lobus tiroid kiri dan kanan di sekitar trakea. Fungsi utama tiroid alah mengahasilkan hormon yang sangat penting bagi tubuh manusia. Salah satu fungsi kelenjar tiroid ialah mengatur kecepatan pembakaran tenaga dalam tubuh.

Kelenjar tiroid ini juga berfungsi membuat protein dan mengatur sensitiviti tubuh terhadap hormon yang lain serta dapat menyerap iodin atau yodium yang diambil melalui pencernaan makanan.  Mungkin ramai yang mengambil mudah tentang hal ini namun anda perlu berjaga-jaga kerana penyakit ini sering menyerang kaum wanita.

Antara golongan yang berisiko menghidap masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:

  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia melebihi 60 tahun
  • Merokok

 

Jenis – jenis penyakit kelenjar tiroid:

  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Dalam kes hyperthyroidism atau thyrotoxicosis, hormon tiroid ini didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah: 

  • Grave's disease

Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

  • Thyroiditis (tiroid bengkak)

Selalunya keadaan ini boleh pulih dengan sendirinya.

  • Toxic nodule goitre

Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

 

Info Ekstra!

Makanan yang dapat menyembuhkan penyakit kelenjar tiroid:

  • Anda dinasihatkan untuk memakan makanan yang mengandungi makronutrisi serta mikronutrien. Cubalah makan buah-buahan dan sayuran organik yang bebas racun dan bahan kimia serta hormon lain. Anda juga boleh menambahnya dengan kimchi dan yogurt buatan sendiri kerana ia kaya dengan probiotik.

Kredit foto: drspencer

<< Ketahui lebih lanjut tentang penyakit buasir di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Anda Bakal Menjadi Ibu? Ketahui Makanan Yang Baik Untuk Anda & Bayi

Next post

Jom Turunkan Berat Badan Dengan “Lemak Baik”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *