ProblemSihat

7 Kesan Steroid Untuk Jangkamasa Panjang

Kesan Steroid Kepada Anda-Women Online Magazine

Kesan Steroid. Tahukah anda kesan pengambilan steroid untuk jangka waktu panjang?

Sebenarnya steroid ini banyak di gunakan oleh golongan lelaki tujuannya adalah untuk berbadan sasa, tetapi masa kini ada juga wanita yang ingin berbadan sasa mengambil steroid untuk membesarkan otot mereka.

Jadi adalah tidak mengejutkan sekarang pusat gym tumbuh bagai cendawan selepas hujan kerana permintaan yang tinggi di pasaran. Namun, dikala ramai yang mahukan badan yang tegap dan besar, ada juga golongan yang mengamalkan pengambilan steroid.

Ada juga wanita yang mengambil steroid untuk tujuan yang sama, membina badan.

Steroid juga sering diambil oleh atlet, terutama atlet yang melibatkan acara pecut dan berbasikal. Ia dipercayai dapat merangsang atlet untuk beraksi lebih baik berbanding keupayaan sebenar mereka.

 

Apa Itu Steroid?

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang. Ia juga merencatkan sistem imun dan dan sistem ketahanan badan seseorang. Penggunaan steroid digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Malahan ramai tokoh terkenal berjaya pulih daripada penyakit setelah menggunakan steroid, antaranya ialah bekas presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy, yang menggunakan steroid untuk memulihkan penyakit Addison yang dihadapinya.

Steroid bukan sahaja digunakan di dalam bidang rawatan perubatan, tetapi juga didapati steroid antara bahan untuk sesiapa yang mahu membesarkan badan dengan tempoh yang singkat. Antara jenis steroid yang sering digunakan untuk membesarkan badan ialah dianabol, testosterone dan stonozolol.

 

Kesan Buruk Pengambilan Steroid ialah:

Pelbagai impak buruk akan dihadapi oleh sesiapa yang mengambil steroid secara berlebihan. Antara kesannya ialah:

1.  Pemarah

Sesiapa yang mengambil steroid secara kerap akan menimbulkan perasaan agresif supaya dapat merangsang mereka mengangkat beban dan melakukan senaman dengan lebih cepat.

Secara tidak langsung, sifat agresif ini terbawa-bawa hingga ke rumah sehingga sanggup memukul isteri dan anak-anak.

 

Baca Juga: 15 Tips Elak Gaduh Besar Suami Isteri

 

2.  Imunisasi Menjadi Lemah

Kebergantungan kepada steroid akan menyebabkan sistem imunisasi anda akan merosot dan menjadi lemah. Apabila imunisasi anda menjadi lemah, ia akan mengakibatkan anda mudah diserang penyakit dan kebiasaannya sukar untuk sembuh.

 

3. Jerawat

Kepada sesiapa yang mengambil steroid anabolic secara tegar dan tidak tahu bagaimana hendak mengawal kemunculan jerawat atau anda menghadapi masalah jerawat yang kronik. Anda patut tahu,ketagihan kepada steroid jenis androgenic boleh mengakibat kerosakan kulit yang teruk.

 

4. Testis Lelaki Menjadi Kecil

Penyaluran hormon testateron akan mengakibatkan anda ‘mematikan’ fungsi testis anda. Hemeostasis befungsi untuk menyeimbangkan kesimbangan horman dalam badan kita. Hipotalamus di dalam steroid akan mematikan pembebasan hormon gonadotropin yang juga mengakibatkan mati pucuk.

 

5.  Anda Akan Kemurungan

Steroid akan membebaskan meningkatkan hormon androgen dan estrogen yang mengakibatkan perubahan emosi, terutamanya bagi lelaki, akan berubah menjadi tidak menentu.

 

Baca Juga: Penyebab Janin Dalam Kandungan Meninggal

 

7. Kandungan Menjadi Cacat

Terdapat juga segelintir wanita yang mengambil steroid untuk membesarkan badan. Jelas ia membawa risiko terutama yang mengambil steroid anabolic kerana ia member kesan pembangunan dalam janin.

Steroid tersebut mampu memberi masalah kepada janin anda pembangunkan organ pembiakan lelaki, sekaligus membawa kecacatan kepada bayi yang akan lahir.

Sesungguhnya, adalah lebih afdal jika kita bersenam dan membuat latihan mengikut cara yang betul supaya tidak menjejaskan kesihatan kita pada masa depan.

Nasihat bekas atlet bina badan dan juara Mr.Asia kategori Heavyweight, Malek Nor, adalah lebih baik membina badan dengan amalkan banyak makanan yang mengandungi kabohidrat dan protein untuk membina badan daripada ambil barang larangan yang bakal membawa malapetaka.

 

Nota Kaki: Jika anda rasa artikel ini menarik, jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

 << Jika anda berminat untuk tahu persediaan sebelum pergi ke GYM sila klik sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nak Hidup Senang? Kena Tahu 5 Cara Pengurusan Wang Yang Bijak

Next post

Kena Baca! 6 Checklist Persiapan Kahwin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *